Pages

Wednesday 27 November 2013

JALAN-JALAN DUBAI SPECIAL ENTRY - PART 2

Ok, kita smbung balik perjalanan seterusnya. Dlm entry part 1, aku dh tunjuk gambar2 dari dalam flight, perjalan ke rumah hubby, Festival City dan Dubai Mall. So, jom tengok lagi perjalanan seterusnya :)




Permandangan dan bangunan di Dubai





Klu tak salah yang ni masa otw ke Festival City kot. Bangunan ni bagi aku menarik dan unik sbb skali pandang nampak mcm castle pasir :)












Di sinilah tempat hubby ku berkampung masa mula2 ke Dubai.





Huhh.. Yang ni sesuai kalu adik ipag aku mai sini. hihi.. Che Nurul, sila apply





Antara bangunan kerajaan di sini




Sila abaikan lori tu ye. Fokus pada bola golf besag tu :)






Taa daaaa. Surprise!!!!!.. Ko hado bangunan ni. huhu



Naik Abra (Boat) ke Old Dubai



Abra tu bukan yg bertineket-tingket tu ye hihi..








Gunakanlah pedestrian underpass utk melintas jalan ye..



Tak perasan plak masa kami smpai kat jeti boat ni dh nak senja..




 
Tu la Abra. Bot 'togel' hihi. Sebab apa aku kta togel. Tgklah, kita naik duduk di keliling bot tu mcm tu ja. No life jacket, tak ada pagar keselamatan bagai.. Berserah ja la bila naik huhuhu.. Bayaran hanya 1 Dirham ja.



En bermisai ni baik hati dan memahami. Masa mula naik, aku terpisah dgn hubby. Abg misai ni duduk di antara kami. Lepas dia tgk aku muka dh cuak (takut wei naik boat x dk apa2 safety. Aku bukan tau berenang pun huhu). Dia bngun tanpa diminta, suh aku duduk sebelah hubby. Tq2 :)



Saat 'berlepas' dr jeti.. Adoi takut woiii..



Tapi dalam takut2 tu, aku rasa sronok sbb aku dpt tgk matahari terbenam dlm keadaan mcm ni..




Nak smpai dh :). Tapi masa dia 'landing' kt jeti tu, bot tu menghentam dengan agak kuat la. Nyaris aku terpelanting huhu.. Tau tak, ingat bas ngan kreta ja dok hon atas jalan. Abra ni pun pakai hon tonn.. tonn.. Tekejut mak :)




Sampai la akhirnya ke Dubai Old Souq.. X banyak sgt gmbag masa kt sini sbb aku dh hampir kehabisan minyak hihi. Penat weiiii... Merata kami dok berjalan.. Ditambah dengan perut yang maha lapar hihi.. Jom tgk..





Kat sini, bnyak kedai2 jualan baju, kain pasang, cendramata mcm di Naif Souq. Cumanya kat sini, penjualnya boleh speaking bahasa melayu ok haha.. Tapi yg basic2 ja la. Muka aku ni mmg nampak sgt muka Malaysian kot hihi.. Sbb depa siap tegug, " malaysia, malaysia, Mari tengok. Murah, Murah." Banyak la hang punya murah.. Sampai aku nak berenti kt tiap kedai pun jadi fobia haha.. Aku lalu ja smbil bg senyuman manis hihi. Hubby aku x nmpak haha.. Ampun ya..


MAKAN-MAKAN

Next, jom kita pi makan pulak. Sebenangnya kami kalau keluag pun slalu makan dalam mall ja hihi.. Tapi ada skali ni makan kat kedai luag dri mall :) Jom..



Makan nasi mandi haha.. Ni kedai yg sama mcm kt gambar bawah. Cuma ni kat area makan duduk beramai2..




Tapi masa aku ada, hubby ajak mkn dlm bilik hihi.. Bilik kecik2 bertutup tirai gitu..



Maharaja sedang menunggu hidangan untuk disantap :)



Ni grupanya nasi mandi ikan.. Haihhhh.. Lapag la..



Nasi tadi telangkup atas plastik tu. Pastu terkammmmmmmm







Ok, nnti sambung lagi part 3 na. :)




No comments:

Post a Comment