Pages

Tuesday 24 September 2013

GERAMMM.....

GGrrrrr geram eh.. Pagi2 dh ada yg buat aku jd hijau.. Aku dok arrange satu kursus ni. La ni dok stage nak confirm ngan hotel brapa org yg nak pi dari setiap daerah kt Penang ni. Confirmation patutnya dh setle pada 13 Sept lagi. Tapi ada la satu daerah toottt ni x jgk bagi confirmation. Dah lambat satu hai. Aku leh kompromi lg la, tggu depa wlwpun lewat seminggu lebih kotttt..

Yang buat aku panaih hati ni bukan apa, telepon aku bgtau kata surat x smpai la, faks x dpt la. Aku heran toi, yg 4 daerah tu bleh ja dpt ngan bg respon immediately yg depa ni x dpt.. yg tu sepasai. Pastu bleh plak dok pertikai aku pasai email tu. Hantag kt sapa? Patut hntag kt dia ni? HEEELLLLOOOOO aku hntag email utk ofis hang ja dkt 4 org tau dk. Tak kan la 4 org ni x bleh amik tindakan langsung??? Bleh dok kata patut hntag kt si A la bagai.

Habis bab tu, dia buat hal lg. Bg senarai nama kt aku. Untuk yg bilik twin sharing dia bg 3 nama. 2 pompuan, sorang laki. Hahhh, hat laki tu aku nk 'sharing' dia ngan sapa???? Aku email la kt dia. Dia pun call aku. Aku pun explain la kt dia yg depa kna bg pairing la utk yg nak duk bilik twin sharing tu. Aku ingat dia btoi2 paham dah la kan. Sbb aku ckap habih sopan n ayu nya hahah...(dok kawal kemarahan).. Masuk ja opis pg td, hampa tau dak si dia ni hantag la email kata nak ganti kan org. So, nama sorang pmpuan ni digantikan la ngan nama yg baru. Masalahnya kt sini, org yang nama dia asal dlm list tu dia book bilik single, tapi yg gantikan dia ni depa boh dia bilik twin sharing.. Hampa bleh trace dk apa masalah dia???

Masalah dia kt sini dia tu pulak nak sharing ngan sapa???
Tgk na klu hampa x jelas :

Booking asal:

A - Bilik single
B - Bilik single
C - Twin sharing (pmpuan)
D - Twin sharing (pmpuan)
E - Twin sharing (laki) - hat ni nak sharing ngan sapa???

Booking terkini:

A - Bilik single
B - Twin sharing (pmpuan) hat ni masa booking asal bilik single (nama org blain)
C - Twin sharing (pmpuan)
D - Twin sharing (pmpuan)
E - Twin sharing (laki) -

So, yg B ngan E tu nak bg sharing dok skali ka?????????

Nampak tak kecerdikan yg berlaku disini. Masa ni takat kale ijau dah aku ni. Aku email, suh bg confirmation pasai si B ngan E ni aku nak book utk depa bilik single ok dak. Aku kena tnya dulu depa sbb duit hotel depa akan byang ikut peruntukan jabatan depa sendiri. Aku dh kata 'Sila jawab dalam kadar segera'. Sampai la x bg respon.

Menyampah tau dk mcm ni. Kita dh bg muka, nak plak kaki...

Ok Bai!












Monday 23 September 2013

SERVICE AIRCOND ICHA

Assalamualaikum semua...

Haaa, nak ceta skit pasai menservice (ada ka perkataan tu dlm kamus ??hihi) kereta.. Kali ni aku bwak icha pi spa..hihi.. ingat hampa ja bleh p spa.. Ok, awai2 pagi aku dh gerak ngan icha ke kedai ekon di simpang 4 nak ke Paya Besag. So, dlm kui 9.25 pg elok aku smpai depan kedai ja tgk budak pomen tu tengah dok angkat tiang tengah pintu kedai hihihi.. aku pun bg signal kt dia nak masuk truih ngan keta ok dk. Dia pun melambai2 ke arah aku cewahhh.. Manyakk ong woo baru bukak pintu kedai ja truih ada customer .....

Ada 2 budak pomen kt sini. Tokei dia x smpai lg. Aku turun ja keta, truih depa dok grunaih icha aku.. Baguih toi. Tak ckp bnyak, truih ja wat keja. Aku tepikiag gak, depa ni breakfast dak g hihih.. Konon prihatin la. Bukan apa, ada la 2,3 kedai service keta aku pi (aku ni suka p awai2 pg masa kedai baru bukak pintu hihi), satg depa bleh p bli mkn, dok noneng2 (abaikan ja perkataan ni) makan bagai. Ya la aku paham, kena la mkn dulu baru ada energy nak wat keja kan.. Haha.. Ok2 terus pd service icha tadi. Maka dirobeknya isi perut icha ku itu huhuhu.


Radio ngan dashboard dh dibaraikan. huhu.. Nasib aku dh wat 5S kat dalam dashboard tu haha.. Klu dak mau pengsan la mamat pomen tu nak mengangkat brg penuh dlm tu..


Yang sorang dok grunaih belah dalam keta, yg sorang lg belah enjin kereta (kot depan). Aku pun x tau nak service ekon kna smpai mcm ni skali. Patutla tokei kedai tu bgtau smlm suh aku mai arini awai2 pg. Makan masa 2-3 jam dia kata. Maka aku agak, mmg benarlah bagai dikata hihi.. Nampak dak aku kt bayang pintu tu.. Ada kerusi rehat hat jalug2 merah biru kt situ. Siap pasang kipas tala elok ja kt permaisuri ni haha..(Bajet retis la katakan).. Aku ja customer paling awai masa tu..




Ni la model kereta aku.Ehhh ehh bukan na..Ni pomen hat sorang lg yg dok grunaih belah enjin tu. Owh tidak, sadis aku tengak icha aku togel mcm tu huhu.. Saja nak bgtau hampa na, tu bateri kereta yg kt tangan kanan dia tu aku baru tukag ja tau smlm. P cek benda lain, benda lain yg kna tukag haha.. Bukan apa, icha aku ni ada masalah skit. Pnah dia mati enjin masa aku dok berenti kt touch n go, berenti kat trafik light. Tapi bkn selalu la. Jarang2. Bila p kedai ja, depa pun trace la bnda apa yg x kena. Sampaikan siap tukag la tangki (klu x salah aku la) sbb depa kata teruk sgt dh, mcm nak tersumbat. Depa leh tnya aku pakai minyak apa??? Hadoi , tak kan la aku pakai minyak masak. minyak rambut, minyak senyoyong.. Dah tentu2 la minyak petrol.huhu.. Mungkinkah perbezaan penggunaan minyan RON 95 ngan RON 97? Atau  minyak jenama Petronas ka, Mobil ka, Shell ka?? Aku pun tak tau la... Ok, lepas dh tukag tangki tu, ok la kereta tu beberapa bulan. Pastu dia buat balik.

Aku ngan hubby g la hantag kt kedai yg sama. Depa pun blurr dh. Sbb masa tu kali ke-3 kami antag sbb kes yg sama. Depa pun bwak la icha aku tu meronda smpai abih la minyak (aku baru boh miyak penuh ok masa tu). Tapi x pnah plak enjin tu terberenti. Hadoi.. Tokei kdai siap beli Computer box baru la sbb nak test2 kot2 yg tu penyebab masalah kereta aku ni. Malangnya, computer box icha aku masih ok. X dak masalah. Akhirnya, depa call suh amik kereta. Katanya "Kami surrender kereta ni, sbb x dpt nak trace puncanya".. huhuhu.. Sedey masa tu sbb mengenangkan aku sayang sgt icha ni. Tapi bukan la icha ni tak leh guna dh. Icha masih berkhidmat utk aku ngan kuaga aku smpai ke hari ni tau.. Haa, cuma aku risau la sbb x jumpa punya penyebab icha aku tu tetiba mati enjin.. Risau la weii, kan ka aku dok pi keja hari2 ngan icha. Tak cuak ka hampa bila bwak keta dlm jem, enjin tiba2 mati?? Dah tu aku hari2 dok harung jem ataih jambatan.. Haaaa, mau x risau tahap gaban aku ni. Tapi la ni aku tawakal la. Harap jgn la dok buat perangai tang jalan jem na icha..

Ok, bebalik pd service ekon, ni dia filter ka apa ntah yg dia grunaih bwak keluag dr dlm perut icha.




Nampak dak punya la berminyak tebai n berhabuk semua peralatan tu huhu.. Pomen tu tanya:

Pomen: Sudah lama ka ini ekon tadak kasi service?
Aku   : Hmmm, lama jugak wo talak service.
Pomen : ooo, patutla tgk itu barang manyak kotog woo. Minyak smua sula penuh. Sulah sumbat woo..
Aku : Tu la, u kasi cuci bagi bersih aa..
Pomen : Okey2, kita kasi buat kasi cantik. Kasi dia sujuk balik.

Aku pun tersenyum girang hihi... Hampa nak tau dak sebenangnya aku mmg dh lama x service ekon ni nak tau dk bila???? Sejak aku beli kereta ni sejak............... Mac 2007 !!!!!!!  Hahahah... gila lama woii.. dah 6 tahun 1/2 woooo... Dalam erti kata lain 'Aku x pernah service ekon sejak bli icha hahaha" ... Tapi sssshhhhhh aku x ngaku la kt depa. Kan nampak sangat kelembapan dan kebodohan aku ttg bab2 service kereta ni hiihihihi...

Ni selepas menatang tu semua dh dicuci calat sehingga megrelit ok.




Yang ni plak filter.




Huh bnyaknya bnda kena service. Dkt 3 jam, selesai la acara menservice ni. So, nak dijadikan cerita aku bwak duit tak cukup. Blagak la nak guna gores dan menang (kredit card la). Tapi kedai ni tak dak mesin kredit hahaha.. Padan muka aku.. Apa lagi, dengan rasa malunya aku pun menelepon la ayahnda mertuaku sbb umah mertuaku tak jauh pun dari kedai ni.. Huhu ."Abah, nak mintak tolong ni. Nak pinjam duit skit. Ada kt kedai ekon. Duit tak cukup.." huhuhu malu woooo. Mana pnah dok mintak duit kat mertua weiii... Kalu mak abah aku dh tentu2 la kan hahaha... Total smua RM358.. huhuhu.. Dah la smlm kena RM195..

So, uols especially yg pompuan ni la, kita ni mmg la tau n terror bwak keta kan ( hahah kena angkat bakul sendiri ok), tapi kna la jgk amik tau pasai bab2 bila nak kena service, apa yg kna service..  Yang basic2 ni yg mcm selalu dok buat ni hampa buat na :

a) Tukag minyak hitam ( ada minyak yg utk kegunaan 5ribu km- maknanya next service adalah selepas 5000 KM kita dh bwak keta dari tarikh last kita service sebelum ni). Ada jgk minyak yg 7000Km kot. Tapi aku slalu amik yg 5ribu KM punya. Masa depa tukag minyak ni depa akan cek skali bnda2 lain yg patut di tukag mcm:
    - Oil filter
    - Air filter
    - Plug

b) Selain minyak hitam, kena la jgk tukag minyak gear. Yg ni ada pengiraan dia jgk. Klu x salah setiap 20 ribu km kena tukag na.

c) Bab minyak setle, kena la jgk tukag timming belt. Ha penting ni.. Timming belt kena tukag setiap 100ribu km na..

d) Bateri kereta pun sama. Ada yg jenih bateri kering, ada yg bateri basah. Aku pnah pakai dua2 jenih bateri ni.. Errrr yg bateri basah ni klu hampa grajin dok cek paras ayag bateri slalu ok la dia. Tapi yg bateri kering ni x gaduh nak cek ayag dia. Bak kata tokei kedai tu "bateri kering ni snang ckap utk org segan ma" huhu.. Hampeh. Kata kat aku la tu. Sblm ni aku pakai yg basah, aku bleh telupa nak cek smpai satu tahap, aku teringat nk cek tp nasik dh jadi moi.. Huhuhu.. dh kering jatuh dari paras minimum dia.. Tak berguna lagi hauhuahua... So, ikut suka hampa la nak pkai yg mana. Aku bkn pandai pun nak suggest2 ni.

e) Tayar kereta. Yg ni hampa pandai2 la no. Cek la tgk dh huih ka dak ka tayar. Botak ka dia. Botak sbelah ka, dua belah ka. Klu botak sebelah, hampa bwak la p cek. Kdang sbb rim bengkok, kdg sbb alingment dh tak cantik. Icha aku tu dh bnyak kali tukag rim. Dah x ori pun. Tak salah aku dh tukag kali ke-3 kot yg latest ni. tp yg sebelum2 ni aku tukag hat 2nd hand ja. Yg latest ni ja aku tukag baru. Kasi cun skit icha aku tu. Sian dia. Mau terkopak duit den menukar rim ngan taya dia. Huhu.. Rim saja 4 bijik RM900, tapi lpas tolak rim lama (RM250) jadi la RM650 + Tayar sebijik jenama tottt RM165 (x 2) aku tukag taya depan ja dulu. So total RM950 lpas dpt diskaun. Aku klu tukag taya, aku tukag taya depan ja slalu. Yg taya lama yg depan tu aku rotate boh belakang. Bila tukag taya tu depa slalu akan buat skali :
- Alingment
- bearing apa ntah

Icha aku dah pun melalui proses pertukaran barang2 yg aku sebut dia atas termasuk lah barang hat bawah ni.
 Motor fan (temperatur kereta naik smpai habih baru aku perasan. Nasib x smpai rosak enjin icha den huhu)
- Dicat semula (pintu belakang), kena tutuh ngan mak cik mana ntah. Asal dia bg signal ja, teruih dia kona masuk. Amboi, ingat icha aku bleh ngelak dia cm tu ja ka.
- Polish (ni bkn sbb nak bg dia berkilat ok, tapi sbb ada lg bongok yg buat kerja dengan tak bijaknya). Depan umah aku ada tangki ayag besag ok. Depa nak makeup tangki tu lalu depa pun mengecat la tangki tu. Tau depa guna cat apa?? SPRAY Cat ok. Mau tak berterbangan cat tu bila depa sembug. Tau dak habih 4 buah kereta kt umah ni berbintat2 kale silver. EEEeeee geram toi masa tu. Bukan takat keta aku ja, habih kereta yg dekat2 umah aku tu pun kena. 
- Bulb lampu kecik (lampu senja ka apa ntah depa panggil)
- Lampu signal kt tepi pintu tu pun ada yg berkenan diamiknya. Mangkuk tingkat toi..  
- Viper (Harus keta hampa smua pun akan kna tukag kan)
- Power window (yg aku punya tukag kali pertama, pakai x lama dia buat hal). Last2 pomen tu buat wiring lain kt aku. Bleh ja pakai smpai la haha..
- Hon (ok hon aku rosak, tadak bunyi. hubby p bwak tukag, skali pkai x smpai 2 mggu dia buat hal bunyi tah hapa2 smpai tak bunyi teruih). P beli lain. Ha hamik kau, la ni bunyi hon aku dh mcm hon lori hokey... Puas hati aku. Mcm x padan ngan icha aku, tp pedulik la kan.
- Mounting (yg dok pegang enjin tu ye ke?? hihi)
- latest bakal ditukar adalah bumper ngan lampu belakang. Bongok btoi depa yg hentam keta aku.

Taun 2013 ni saja aku rasa utk icha aku ni dh beribu.
- Rim RM900 - RM250                       = RM650 (lepas trade in rim lama)
- Tayar depan 2 bijik RM 165 X 2     = RM330
- Mounting                                             = RM 350
- Repair ekon                                         = RM358
-Motor fan                                             = RM220
- Hon + tinted lampu                            = RM180
- Bulb + lain2 brg kcik2                        = RM100
Total                                                        RM2188 (tak termasuk service minyak hitam lg)

*Belum masuk bumper ngan lampu belakang hat kena sondoi tu lg. Yg tu pun dekat RM500++, sensor n alarm pun jahanam gak sbb xcident tu. Tak termasuk lagi 1 barang yg ada kaitan ngan sensor aku. Total up bleh jadi RM 3500 woooiiiiiiii... huhuhuhu.... Sapa nak tolong bayarkan...... Tolongggggg

Tu baru kereta kelisa ok. Kalau yg dok guna keta besag semua tu tak tau la aku...huahuahua... So nasihat aku, kalau nak pakai kereta baru ka, nak tukag kereta ka pikiag la no perbelanjaan yg 'bakal' dibayar nnti akibat perkara2 di atas na... huhu...

I LUV MY KELISA a.k.a ICHA  Muahhhhhh muahhh...


*pssssttt... ada org berkenan tau nak bli icha i ni.. Aparaaa...


Sunday 22 September 2013

ABIL4FAUZIAH

Assalamualaikum...

Baru2 ni aku tgk tv channel 114 (Alhijrah), ada satu segmen menarik (alamak lupa la plak nama segmen tu huhu).. Hmm, segmen kali ni berkaitan dengan pengorbanan seorang suami pd isteri tercinta.. Errr ni bkn entry khas utk en hubby na hihi, tp untuk hampa semua kongsi bersama. Sbb apa untuk semua? (slalu aku tanya, aku la jgk yg jawabkan kan kan??) Sebab kisah ni ttg nilai kasih sayang yang tak terhingga dan terhitung buat kita. Ok stress dk sbb aku x crita2 lg hihi....

Ok la, kisah dia mcm ni... Ada seorang lelaki ni nama dia Abil (nama pendek dia la). Dia ni dh berkahwin dengan buah hati intan payungnya (Fauziah). So hampa nampak dk related nama2 ngan tajuk entry di atas.. Abil ni berkahwin pd usia 40 tahun (la ni dia umug 44). Dia bgtau sbb2 dia kawin lmbt kerana dia jd fobia bila dengag ngan tgk kisah2 rumah tangga yang x bahagia.Haa, smpai cmtu skali. So, nak dijadikan cerita, satu hari Allah bukakn pintu hatinya untuk rasa cinta mencintai :).. Dia berkenalan dgn wife dia (Fauziah). Abil ni suka pd Fauziah sbb pertama kali dia terpandang wajah wife dia, dia terus jatuh cinta. Wajah klasik. Mcm wajah pelakon dolu-dolu katanya. So, depa pun berkenalan la dan dipendekkan cerita depa pun kawin la.. Lpas kawin la, baru depa bercinta tau... suka suka suka....

Mmg bahagia la kehidupan depa. Tapi ketentuan Allah tak siapa dpt menduga. selepas 2 tahun berkahwin, wife Abil ni sakit teruk. Bermula dengan serangan asma yg terus membawa kepada brain damage... Boleh bayng tak perasaan Abil pd ketika ni, org yg slalu disamping dia, teman tiduq dia, teman makan minum bersama, teman bergaduh, teman bergurau, teman bermanja tiba2 telah bertukar menjadi kaku tanpa kata. Tanpa tindak balas.. Masa ni aku terus terbayang pd 2 org. Mak abah ngan En hubby aku .. hmmmm...

So, bermula la episod sedih, duka dan penuh cabaran buat abil. Disebabkan rasa cinta yg sgt mendalam pd wife dia, dia nekad berenti keja sbgai perancang kewangan utk jga wife dia sepenuh masa.. Mmg bnyak dugaan harus ditempuhi bila menjaga org sakit tambah2 lagi org yg paling kita sayang.  Aku sendiri dh rasa mcm mana keadaannya bila org kita sayang jatuh sakit teruk mcm tu, pengalaman menjaga org sakit. Semua ni mematangkan kita. Aku cuma salalu bermohon agar Allah terus bg kekuatan pada kami sekeluarga. Aku tak nak cerita panjang sgt, sbb aku nak hampa semua baca sendiri luahan hati, pengalaman Abil ni di blog abil4fauziah.

Blog ni dibuat oleh abil utk wife dia. Abil berharap, jika satu hari nnti bila wife dia dh sembuh, blog ni nnti akan jadi saksi sedalam mana cinta dia pd wife dia.. Aku dh baca blog ni. Mmg menyentuh hati. Aku suka baca sbb abil menceritakn pengalaman sehari hari dia menjaga fauziah. Mcm mana susahnya, mcm mana sedihnya, mcm mana gembiranya dia, mcm mana cara nak menangani masalah. Dan yg paling aku suka adalah nasihat2 Abil pd pembaca especially pd yg dah berkahwin. Mmg sgt berguna. Banyak nasihat2 dan petua2 yang dikongsi bersama. Semua petua dan amalan tu mmg abil dan wife dia amalkan.. Bacaan2 yg selalu diamalkan bersama, baik masa bersendirian, masa memasak, bancuh ayag, semasa memandu, dan perkara2 yg patut diamalkan oleh pasangan suami isteri tiap hari bagi menambahkan kemanisan idup berumah tangga..

Kalau hampa nak tau, Abil menikmati saat indah bergelar suami isteri masa isteri dia sehat selama 2 tahun. Kemudian, Abil diuji dan melalui fasa2 yg perit tapi amat bermakna buatnya selama hampir 2 tahun juga. Wife Abil, telah meninggal dunia pada April 2013 stelah bertarung dengan sakit sejak Jun 2011. Al- Fatihah buat arwah Fauziah.

*Aku ada terpikiag, kalau la ditakdirkan tiba2 salah sorang dari KAMI terlantar mcm tu, adakah KAMI mampu buat mcm tu. Adakah KAMI telah betul2 menggunakan masa yg ada bila kami berjumpa disebbkan idup berjauhan. Adakah KAMI benar2 rasa kemanisan berumahtangga dalam tempoh yg ada. Sbb melalui pengalaman yg dikongsi Abil, aktiviti seharian antara suami isteri lah yang mengeratkan ikatan perkahwinan. Solat jemaah bersama, doa dan diaminkan oleh isteri, bergurau selalu, bermanja selalu, berbincang selalu, bertolak ansur selalu, bergaduh (kadang2 na), memahami kerenah pasangan dan cuba memperbaiki apa yg kurang, menjauhi apa yg tak disukai pasangan...  Hmmm, renung2 kan la ye.






Wednesday 18 September 2013

SMS OH SMS..

Ada org suka SMS.. Ada org x suka SMS sbb dia lebih suka call ja.. Ada org suka dua2.. Haa.. Nak tnya skit uols punya pendapat la.. (ala ala bak kata survey), klu uols terima SMS x kira la dari sapa2 pun (especially org yg uols kenal la), uols akan reply tak?

 ATAU

1)  buat dono je (menyampah nak reply kot).

2) hanya akan reply sms tu bila rasa perlu ja (rasa cam penting ja la). 

3) reply pada org yg rasa penting ja mcm mak ka, BINI ka, girlfren / bopren ka etc....

4) x reply sbb kredit habis ( atau sbb x bayag bil mcm aku baru ni hahaha)...

5) akan reply, tapi ikut mood masa tu mcm mana

6) x reply sbb "rasa2 org tu dh paham kot"

6) x reply sbb mmg dh hobi tgk SMS org ja. 

Kalau uols la hantar SMS pada org (x kira la kat sapa pun), uols mengharap org tu reply dk? Uols rasa OK ke klu org tu x reply (especially org yg rapat ngan kita la).. Kalau aku, mmg terasa sgt la bila org x GRETI reply sms especially time2 urgent. Mmg la kadang org tu mgkin batry dia kong ka,  kredit habih ka ( x byg bil mcm aku hihi), dok kalut buat benda lain ka. TAPI, x kan la smpai sehari, 2 hari pun x leh reply kottt.. 

Aku klu x reply SMS org, atau lmbat reply, aku rasa x sampai hati. Slalu pikiag, ish kalau aku la jd org yg hantag tu mesti dh pikaig mcm2 kan.. Pada yg dh berpasangan (x kira la yg dh kawin ka / bertunang / bercinta / atau bersaudara ka) tolong la SENSITIF skit bab2 ni. Sbb apa, kadang ia boleh mendatangkan masalah dlm perhubungan kita. Sbb ia boleh disalah ertikan nanti. Macm tu jgk kalau kita ni berniaga / berbisness , mesti nak kna jga customer kan? Klu kita x reply SMS customer, apa agaknya perasaan depa an uols??  Mesti customer kata kita ni x serius nak berniaga. KAnnnnnn.. sama la mcm  dlm perhubungan pun..  mungkin akan rasa kita x penting.

Tapi pada org yg jenih (Ada aku kesahhh), huh lantak hampa la...  Ok baiiiiiiii.....

Tuesday 17 September 2013

BUNGA TANGAN CREEPE PAPER DAN RIBEN

Assalamualaikum..

KAMI menghasilkan bunga tangan daripada creepe paper dan juga riben. Disini KAMI memaparkan contoh bunga tangan yang telah ditempah sebelum ini.




Tempahan boleh dibuat merujuk kepada Kod yang tertera. Warna bunga mengikut pilihan anda (ton warna bergantung kepada stok riben/creepe paper yg ada pada KAMI).



- Harga bagi :
 a) bunga tangan Creepe paper adalah RM 55 sahaja
 b) bunga tangan riben adalah RM 70 sahaja
- Harga adalah termasuk wang pos (penghantaran melalui Pos Laju)

- Jika berminat, tempahan boleh dibuat melalui SMS pada (017-4484897)  / (017-4799886) @ emailkan kepada raney5897@gmail.com

- Sila SMS @ email nama penuh, alamat penghantaran dan Kod jenis bunga tangan

- Tempahan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk disiapkan (tidak termasuk
   masa penghantaran)

- Bunga tangan hanya akan disediakan selepas pembayaran penuh dibuat kepada KAMI.
  (SMS untuk dapatkan no akaun untuk tujuan pembayaran)

- Sila berikan butiran seperti berikut:

   a) Sms maklumat pembayaran iaitu nama, masa pembayaran dan juga jumlah bayaran
       bagi tujuan semakan

PROMOSI!!!  Setiap tempahan bunga tangan akan diberikan Sepasang Brooch diperbuat daripada Riben (selagi stok masih ada) :)

*Brooch Riben n Felt boleh dilihat pada POST - BROOCH N HAIR CLIP DARI RIBEN N FELT














Monday 16 September 2013

HASIL CUKAI TANAH

Apa la hasil cukai tanah tu?? Mesti ada yg tertanya2 @ hampa semua dh tau kan especially yg dah ada rumah sendiri. Knapa la aku nak buat entry pasai HASIL CUKAI TANAH ni..... Sebabbbbbb aku la ni bekerja di Unit HASIL. Ok, tau kan aku kerja kt Pejabat Tanah dan Galian.. (klu x tau, buat2 tau ja na)...

HASIL CUKAI TANAH ni penting ok sbb ini merupakan pendapatan kerajaan negeri. (Paham dak?) ok, mcm ni, bagi setiap negeri, mestilah nak kna ada 'pendapatan' kan. So salah satunya adalah dari kutipan hasil cukai tanah. HASIL CUKAI TANAH ni berbeza tau ngan HASIL CUKAI PINTU atau dikenali sebagai CUKAI TAKSIRAN...

CUKAI TANAH - oleh Pejabat Tanah
CUKAI PINTU @ CUKAI TAKSIRAN - oleh Pihak Berkuasa Tempatan

Haa, paham dh?? Baguih2.. Pandai pun uols. Jom kita explore apa tu CUKAI TANAH. Cukai tanah ni dikenakan kepada semua pemilik2 tanah berdaftar. Maknanya, semua org yg ada rumah, MESTI akan dikenakan 2 jenis cukai. Sbb apa 2? Pertama, cukai taksiran @ cukai pintu adalah untuk rumah hampa la. Yang keduanya, dah tentu2 rumah hampa dibina ataih tanah kan. So, kena la Cukai tanah. Bagi rumah2 pangsapuri, umah flat, kondo, apartment (senang kata umah bertingkat) pun dikenakan cukai tanah yang dipanggil CUKAI PETAK. Cumanya pada masa kini, di Pulau Pinang, cukai tanah di selesaikan oleh tuan tanah (pemaju @ pengurusan bersama). Bayaran2 cukai tanah tu mgkin depa dh kenakan dalam bayaran2 lain yg dikutip pd pemilik rumah berbilang tingkat. Cukai petak masih belum dikuatkuasakan ye. Maksudnya, tuan-tuan punya rumah bagi rumah bertingkat belum dikeluarkan bil cukai petak secara individu. Untuk pengetahuan uols, rumah bertingkat di panggil STRATA..

Bayaran CUKAI TANAH ni penting tau. Sbb ada dalam undang2 AKTA KANUN TANAH NEGARA 1965. Kalau tak bayag, tunggakan akan meningkat. Bila dah tertunggak lama, notis 6A akan diberikan. Klu x bayag jgk, tanah boleh dirampas okk... Mcm tu jgk cukai pintu. Rumah anda boleh disita okk.. Pembayaran CUKAI TANAH ni WAJIB dibayar sebelum @ pada 31 MEI setiap tahun. Klu bleh, bayag la awai2 tahun tu. Bukan apa, slalu bila dekat 31 Mei ja, huhhh kaunter pejabat tanah mcm dok buag MEGASALE wooo.. Penuh org kalut nak bayag cukai.. Bila kaunter lambat skit, mula la hampa nak hangin kan. 

Klu hampa lambat bayag (lebih dari 31 Mei) atau hampa x bayag sampai melangkau bertahun2, hampa akan dikenakan DENDA LEWAT. Denda lewat ni dikira atas kadar 10% daripada jumlah cukai tahun semasa + tunggakan denda + (tunggakan denda lewat bagi tahun2 sebelumnya jika ada). Haaa... klu hat takat 40 hengget tu, bayag la. 40 hengget setahun ja pun. klu hampa bahagi bulan, baru RM3.333 ja. Sbulan simpan la siap2 RM3.3333 tu. Hat tu pun x kan la hampa x mampu. Sedangkan hampa bleh ja bli KFC, MCD, pizza hut bagai yg harga dia jauh lebih mahai dr tu..

Aku just nak share ngan hampa, banyak tuan tanah culas (cehh ayat), nak bayag cukai tanah. Ada yg bagi alasan :

1) Bil tak sampai kat depa.. ALASAN PALING FEMES.. (errrr klu hampa x update alamat kat pejabat tanah, cmna nak smpai)

2) Cukai tinggi (klu hat ribu2 hengget tu mmg la tinggi sbb dh tanah hampa kt bandar, pastu kategori industri, perniagaan)..

3) Kurang berkemapuan (masalah kewangan).. Hmm hat ni pyah nak ckap, sbb apa yg jd milik kita, 'mesti la ada bayarannya kan'

Bab nak bayag ni, hampa bleh bayag kat mana pejabat tanah daerah (dalam Pulau Pinag saja na). Jangan dok p bayag kat pejabat tanah Kulim, pastu dok marah kata sistem tak mesra alam bagai. Untuk makluman hampa smua, segala hal berkaitan tanah adalah dibawah tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing. So, bayag la kat mana2 kaunter pejabat tanah daerah dalam Pulau Pinang ni. Klu nak lagi senang, bayag ja online. Kan la ni smuanya online. hatta utk bershopping pun dh bleh melalui online kan..

Selain tu, tuan/puan semua bleh jgk update maklumat berkenaan bil cukai tanah melalui PTGbil.
Permohonan Pengemaskinian Maklumat Cukai Tanah Online
Kini anda boleh membuat permohonan secara online untuk mengemaskini maklumat cukai tanah anda seperti nombor kad pengenalan, nama, alamat surat-menyurat, alamat tetap, nombor telefon bimbit dan email.

NI addressnya : http://ptg.penang.gov.my/ptgbil/laman_utama.php
So, diharapkan sedikit maklumat ini membantu anda semua memahami serba sdikit la pasai CUKAI TANAH...


MEMBAYAR BIL CUKAI TANAH ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA











Wednesday 11 September 2013

ANGGUR OH ANGGUR - TASIK BERIS

Anggur oh Anggur..

Haa, KAMI pernah la pergi melihat anggur2 di sebuah ladanga yg diberi nama Ladang Anggur Tasik Beris.. Hah, pnah dengag kan kan ?? Kebetulan masa kami pi tu, mmg pokok anggur sedang berbuah. Cumanya belum sesuai utk dipetik.. Ya la sbb tecik lagi nak petik.. Perjalanan ke sana dari Kulim memakan masa lebih kurang dlm sejam ++. Sepanjang perjalanan adalah melalui kawasan kampung2 yg mmg sejuk lah mata jika memandang hihi.. Kebetulan masa kami pi, hujan turun dengan lebatnya. Tapi perjalanan tetap diteruskan. Che Nurul telah membawa adik2 n mama n papanya (hihi.. omputih skit). Aku ngan hubby pergi secara berasingan sbb klu tak salah pada masa tu kami keluar waktu pagi untuk meninjau perumahan baru yg naik. Hajat di hati nak beli la umah sendiri.. :)..

Ok, hampa semua patut mai kat Ladang Anggur Tasik Beris ni tau.. sebab apa?? Walaupun tempat dia tak la besag sgt, dan terhad skit, tapi ada pemandangan yang cantikkk.. Tak caya, cer tengok.. Masa aku p tu time baru lepaih hujan, so mmg sejuk la mata memandang..


Taaaddaaaaa... Nin dia anggur-anggurnya..



Ni model pertama kami... Ibunda mertua terchenta ngan adinda Chik :).. Haippp jgn dok petikk. Tak bleh okkk. Sbb time ni bukan musim memetik lg huhu..

Model anggur seterusnya.. Che Nurull......

Wajah kegembiraan dua beradik setelah dapat melihat buah anggur bergayutan..


                                         "Hmmm nak petik ka dak..nak petik ka dak..hmm"

                                         Ni tempat berehat dalam kawasan taman anggur...

                                                       Permandangan tepi tasik

                                         Permandangan dari tepi kedai jualan

                                Ni sesi membelek barangan tangkapan tadi. Hat Chik pegang tu sedappp... Minuman jely anggur.. sedap bangattt.. Abah dok belek ayag anggur dengan tekun.

                                         Nin dia hasil tangkapan hahaha....
                              
Ibunda tengah mengetest kesedapan anggur fresh ni :)

                                        Dok menung apa che nurul oiiii......

                                         Model terkini Beris Lake Vine hihi....
                                      
                                       

               En hubby dok bergambag, bini dok terkam tak sabag dh masuk kedai hahaha

                   

                                         Che nurul yang kuat sakat...

                                         Errrr cover skit la abg oiii kot ye pun..

Cakkkk....


Iklan jap hihihihi.....



Cantik takkk????.. (tau la bukan aku, tp pemandangan tu :)



Tuesday 10 September 2013

MERDEKA


TANGGAL 31, BULAN LAPAN 57,
MERDEKA.. MERDEKA..MERDEKA...

Hiii.. masih tak terlambat la kan aku nak update pasai entry merdeka tahun ni.. Dah 56 tahun kita merdeka. Alhamdulillah. Malaysia aman senantiasa (walau ada
 jgk yg nak porak perandakan keamanan kita huhh)..

Sempena hari kemerdekaan kali ni, mcm besa la, aku mmg selalu join kawad kemerdekaan. hihi.. Dkat 5 tahun berkhidmat di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang (atau dikenali sebagai PTG hihi), dah 4 kali perarakan kemerdekaan aku join (dari 2009 - 2011 & terkini 2013)..Haaa semangat dak?? Tahun 2012 ja aku x join sbb konon2nya nak rest sat. Seingat aku la, tiap2 tahun mesti PTG akan menang (walau bukan no 1 la..maknanya dpt no. 2 @ no. 3 hahah) Bangga seketika.. Tapi tahun lepas (2012) tahun yg aku x join tu, PTG dapat johan!!!!!! Tergezut badak mak seketika.. So, tahun ni aku pun join balik. (Tak la mengharapkan dpt johan, at least top 5 ka ok la kan..)

Untuk pengetahuan uolss, sejak aku join kawad dari tahun 2009, latihan semuanya dibuat dalam bulan puasa okkkk... Tahun 2009 ngan 2010 mmg latihan dan perbarisan hari sebenar pun masa bulan posa okkk.. so, bayangkan lah tahap keletihan kami masa tu.. huuuuuhuhu.. Tabah kan hati.. Mujuq la tahun ni perbarisan lepaih raya.. hahaha... abis ja perbarisan, apa lg bertempiaran pakat dok cari ayag.. hihihi

So, nak share la gambar hari perarakan (skitt ja gambag. Ni pun ehsan rakan hahaha)..

Tahun 2013

Kali ni kawad merdeka diadakan di Padang MPSP. Dekat ngan dewan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ala, dekat ja ngan Roadwalk Taman Selat. Ishhh.. dekat ja ngan jetty.. Tau dk?? Buat tau ja la.. :) Masa tahun 2011 pun perarakan di tempat ni jgk..

Masa kami menghampiri stage utama

                                        "Pandangggg kanan!!!"


                                  Btoi2 depan main stage :)
   Inilah barisan kontijen kawad Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang..

Haaa.. cer cari mana aku?? Amacam pakaian kami, ok tak :).. Keputusan pertandingan perarakan merdeka di akan diumumkan pada 16 Sept nnti..


 Tahun 2010

Hat ni masa tahun kedua aku di PTG. Masa ni perarakan kt Padang Kota.. Haa hampa pnah mai dk? femes tmpt ni, ada food court (makanan hat femes mesti la pasemboq hihi). Hat best klu makan mee sotong ngan ayag nyog boh eskrem huhhhh.. sedap woo... X caya, tgk bukti hahaha..

                            OOpppss.. model makanan mmg x dak org lain dh hihihi..



Okey2, teruskan bab kawad kemerdekaan. Tahun 2010 ni adalah kali kedua bagi aku. Masa sesi raptai, che abe aku mai teman. Al maklumla masa tu baru beberapa minggu bergelar tunangan org hahaha (poyo ekk..).. So, sanggup la en hubby tunggu smpai selesai (hampa nak tau dia tunggu kat mana??) Dia bleh tidog dlm kreta smpai x sedag apa.. Errr actually hat tu mmg hobi en hubby ye hihihi (jgn mara arrr).. OK, berbalik pada kesah kawad kemerdekaan, jom kita tgk skit gmbag2 pada masa tu.

Hat ni masa hari raptai..




Nampak aunty yg baju merah tu?? Ha aunty ni mmg semangat merdeka btoi. Dia dok jaja yg dia lahir time merdeka. Abih semua kontijen dia p buat kalut nak bergambag hahaha.... Ngan aku2 skali smpai terjelen lidah hhuhu



Hat ni masa hari sebenag...

Kontijen kami serba pink tau... Posing depan Dewan Undangan Negeri


Hat ni sesi bergmbag ikut unit. Ni geng unit lama aku. Unit Pembangunan Tanah.. 

                               Ni masa dok pulun jalan dah...         

                               Masa ni dh smpai stage utama..


                               Time ni dah lega sebab dah melepasi dewan utama.. haha


                             
                                         Hat ni semua kontijen lain2 yg join perbarisan....




Huhu... tapi gambag masa perbarisan tahun 2009 ngan 2011 tak dak... huhuhu...