Pages

Sunday 22 September 2013

ABIL4FAUZIAH

Assalamualaikum...

Baru2 ni aku tgk tv channel 114 (Alhijrah), ada satu segmen menarik (alamak lupa la plak nama segmen tu huhu).. Hmm, segmen kali ni berkaitan dengan pengorbanan seorang suami pd isteri tercinta.. Errr ni bkn entry khas utk en hubby na hihi, tp untuk hampa semua kongsi bersama. Sbb apa untuk semua? (slalu aku tanya, aku la jgk yg jawabkan kan kan??) Sebab kisah ni ttg nilai kasih sayang yang tak terhingga dan terhitung buat kita. Ok stress dk sbb aku x crita2 lg hihi....

Ok la, kisah dia mcm ni... Ada seorang lelaki ni nama dia Abil (nama pendek dia la). Dia ni dh berkahwin dengan buah hati intan payungnya (Fauziah). So hampa nampak dk related nama2 ngan tajuk entry di atas.. Abil ni berkahwin pd usia 40 tahun (la ni dia umug 44). Dia bgtau sbb2 dia kawin lmbt kerana dia jd fobia bila dengag ngan tgk kisah2 rumah tangga yang x bahagia.Haa, smpai cmtu skali. So, nak dijadikan cerita, satu hari Allah bukakn pintu hatinya untuk rasa cinta mencintai :).. Dia berkenalan dgn wife dia (Fauziah). Abil ni suka pd Fauziah sbb pertama kali dia terpandang wajah wife dia, dia terus jatuh cinta. Wajah klasik. Mcm wajah pelakon dolu-dolu katanya. So, depa pun berkenalan la dan dipendekkan cerita depa pun kawin la.. Lpas kawin la, baru depa bercinta tau... suka suka suka....

Mmg bahagia la kehidupan depa. Tapi ketentuan Allah tak siapa dpt menduga. selepas 2 tahun berkahwin, wife Abil ni sakit teruk. Bermula dengan serangan asma yg terus membawa kepada brain damage... Boleh bayng tak perasaan Abil pd ketika ni, org yg slalu disamping dia, teman tiduq dia, teman makan minum bersama, teman bergaduh, teman bergurau, teman bermanja tiba2 telah bertukar menjadi kaku tanpa kata. Tanpa tindak balas.. Masa ni aku terus terbayang pd 2 org. Mak abah ngan En hubby aku .. hmmmm...

So, bermula la episod sedih, duka dan penuh cabaran buat abil. Disebabkan rasa cinta yg sgt mendalam pd wife dia, dia nekad berenti keja sbgai perancang kewangan utk jga wife dia sepenuh masa.. Mmg bnyak dugaan harus ditempuhi bila menjaga org sakit tambah2 lagi org yg paling kita sayang.  Aku sendiri dh rasa mcm mana keadaannya bila org kita sayang jatuh sakit teruk mcm tu, pengalaman menjaga org sakit. Semua ni mematangkan kita. Aku cuma salalu bermohon agar Allah terus bg kekuatan pada kami sekeluarga. Aku tak nak cerita panjang sgt, sbb aku nak hampa semua baca sendiri luahan hati, pengalaman Abil ni di blog abil4fauziah.

Blog ni dibuat oleh abil utk wife dia. Abil berharap, jika satu hari nnti bila wife dia dh sembuh, blog ni nnti akan jadi saksi sedalam mana cinta dia pd wife dia.. Aku dh baca blog ni. Mmg menyentuh hati. Aku suka baca sbb abil menceritakn pengalaman sehari hari dia menjaga fauziah. Mcm mana susahnya, mcm mana sedihnya, mcm mana gembiranya dia, mcm mana cara nak menangani masalah. Dan yg paling aku suka adalah nasihat2 Abil pd pembaca especially pd yg dah berkahwin. Mmg sgt berguna. Banyak nasihat2 dan petua2 yang dikongsi bersama. Semua petua dan amalan tu mmg abil dan wife dia amalkan.. Bacaan2 yg selalu diamalkan bersama, baik masa bersendirian, masa memasak, bancuh ayag, semasa memandu, dan perkara2 yg patut diamalkan oleh pasangan suami isteri tiap hari bagi menambahkan kemanisan idup berumah tangga..

Kalau hampa nak tau, Abil menikmati saat indah bergelar suami isteri masa isteri dia sehat selama 2 tahun. Kemudian, Abil diuji dan melalui fasa2 yg perit tapi amat bermakna buatnya selama hampir 2 tahun juga. Wife Abil, telah meninggal dunia pada April 2013 stelah bertarung dengan sakit sejak Jun 2011. Al- Fatihah buat arwah Fauziah.

*Aku ada terpikiag, kalau la ditakdirkan tiba2 salah sorang dari KAMI terlantar mcm tu, adakah KAMI mampu buat mcm tu. Adakah KAMI telah betul2 menggunakan masa yg ada bila kami berjumpa disebbkan idup berjauhan. Adakah KAMI benar2 rasa kemanisan berumahtangga dalam tempoh yg ada. Sbb melalui pengalaman yg dikongsi Abil, aktiviti seharian antara suami isteri lah yang mengeratkan ikatan perkahwinan. Solat jemaah bersama, doa dan diaminkan oleh isteri, bergurau selalu, bermanja selalu, berbincang selalu, bertolak ansur selalu, bergaduh (kadang2 na), memahami kerenah pasangan dan cuba memperbaiki apa yg kurang, menjauhi apa yg tak disukai pasangan...  Hmmm, renung2 kan la ye.






No comments:

Post a Comment