Pages

Wednesday 12 June 2013

Che puteh & Che Ghazali part 3

Assalamualaikum,

Sesungguhnya perjalanan hidup kita ini pasti akan melalui jalan2 yg mudah, sukar dan berliku. Kita tak akan tahu bila ianya akan berlaku. Kesenangan, kesihatan yg baik, kebahagian tidak selamanya milik kita. Jika kita memiliki kesemuanya, tidak mustahil suatu hari apa yg kita miliki itu 'harus' dikembalikan. Semuanya adalah pinjaman. Duduk di atas tidak selamanya kekal disana kerana pasti kita akan merasa duduk dibawah jua. Kesenangan bukan hak mutlak kita, begitu juga kesihatan dan kebahagian yang kita kecapi hingga detik ini.

Kehidupan aku kini bukan seperti kehidupan yang lalu. Aku ada mak dan ayah yg senantiasa berada disamping menemani dan melakukan apa jua untuk memenuhi keperluan kehidupan. Rasa bahagia menyelubungi diri kerana sayap yg aku ada mampu membawa aku ke mana aku pergi, sentiasa berdampingan dan mengiringi aku dalam apa jua keadaan.
 
Kini, sayap kepunyaan aku dan keluarga telah patah. Patah bukan satu, tapi patah keduanya. Mak & abah.. Detik 1 Jun 2013 yg lalu, telah merubah hidup aku dan keluarga. Abah yg merupakan tunjang kekuatan kami setelah mak jatuh sakit pun turut sama mngalami keadaan yg sama. Aku mcm tak percaya apa yg aku dengar masa abh sendiri telefon bgtau bnda ni. STROK.. aku gentar dengan perkataan ni. Tapi itu la hakikatnya. Aku sndri hampir rebah sbb aku tak tahu pada siapa lg yg dpt kami harapkan. bagaikan jatuh ditimpa tangga.. Ya Allah, aku mohon kekuatan dariMU.
 
Sejak mak jatuh sakit, terbaring dan tidak berupaya, abah la yg terpaksa membawa mak ke hospital setiap kali ujian darah dan appointment dilakukan. Dengan kudrat tuanya, dia gagah mengangkat mak ke hulu ke hilir. Bekerja setiap hari tanpa rehat yg cukup. Selama 13 tahun tidurnya hanya bersandarkan pada kerusi sbb bekerja sbgai guard. Siang ke tempat berniaga sehingga petang, lepas tu terus ke kilang keja malam. Makan minum pun tidak terjaga sbb kebanyakan masa abah di luar rumah. Mungkin ini salah satu penyebabnya.
 
Bayangkan abah yg dulunya gagah kini terpaksa menerima hakikat dirinya diserang strok. Tapi kami bersyukur kerana strok abah hanya melemahkan sebahagian tangan, pinggang dan kaki kanannya. Aku sedih sgt bila tgk keadaanya abh. Pastinya abh lagi sedih sbb pergerakan dh terbatas. Perlu pertolongan org lain utk melakukan rutin harian. Tapi abh masih mampu untuk berjalan dengan bantuan tongkat berkaki 4 walau payah utk abh bangun dan duduk sendiri tanpa pemantauan org. Along.. kami ada along. Sekarang along la yg bertanggungjawab utk jaga abh. Abah nak mandi, ke bilik ayag, nak ke meja makan, nak berjalan, nak ke hospital, bwak mak ke hospital semuanya dh jatuh pd along. Mujur along pun blum kawin. Adik yg bongsu jga mak, along jga abah. Kedua org tua kami dh kurang berupaya. Along mungkin terpaksa berhenti kerja. Kami buntu.

Aku tak berniat utk melawan takdir atau menolak takdir. Kami 4 beradik menerima dengan redha. Cumanya apa yg aku tulis ni hanya utk berkongsi pengalaman dengan org lain. Atau utk memberi peluang pd org lain mengetahui serba sdikit ttg kesukaran, kepayahan yg dilalui oleh org yg sakit dan keluarga terdekat pesakit supaya kita sama2 dpt kesedaran. Hargailah kedua org tua kita selagi depa masih ada depan mata kita. Pengorbanan depa membesarkan kita tak kan terbalas oleh kita. Sayangi dn hormati kedua2 mak abah kita sbb kita tak akan tau bila dan bagaimana depa akan 'diambil' nnti. Mungkin akan 'diambil' dari segi nikmat kesihatan, kekayaan dan lain2.Dan mungkin juga 'kembali' kepadaNYA.. Bila depa dh sakit, keadaan akan berubah 100%.

Kita tak mungkin dah nak lihat depa bebas bergerak ke sana kemari. Tak mungkin dh nak dapat peluang pergi berjalan bercuti bersama. Tak mungkin dh nak nikmati saat2 indah bergurau, pegi berkelah ka, pergi bershoping ka, pergi makan2 di luar mcm selalu. Tak mungkin dah nak dengar leteran depa, teguran depa, kata2 kasih dan sayang depa, pelukan dari depa. Jadi hargailah kedua org tua anda.

Sedih sgt masa dok tgk depa termenung. Mesti sedang memikirkan masa2 lalu. Memikirkan masa depan, takut tak ada sapa nak jga depa. Sedih sgt bila dpt renung dan bertentang mata dengan mak. Renungan mata mak yg kuyu tu penuh dengan kesedihan. Tiap kali terpandang ja, atau tgk mak saat dia tdog, aku mmg tak dpt tahan air mata.

Aku berharap diberikan kekuatan pada kami 4 bradik untuk teruskan menjaga mak n abah sebagaimana depa menjaga kami masa kecik dulu. Sesungguhnya kami tau ada insan lain yg lebih teruk dugaannya berbanding kami...