Pages

Monday 11 November 2013

TTC - ZURIAT

Assalamualaikum..

Mcm mana nak mulakan entri kali ni ek.. Hmmmmm.. Ok lah. Bagi semua pasangan yang berkahwin especially yg dah lama kawin, of course la satu bnda ni bermain-main difikiran anda kan? Sama la cm aku ni. ANAK / ZURIAT.. Pernah dengar tentang TTC? Aku pun tak pernah dengar sblm ni. Bila slalu google tgk & baca blog2 yang mcm2 nih, aku terjumpa blog yang bercerita ttg TTC. "Trying to conceive" - mencuba untuk hamil - itulah maksud TTC.

Owh.. bila dh baca bnyak entry drp blogger2 yg ada, baru la aku perasan satu perkara pada diri aku. Aku tertanya " Aku ni tak usaha ka apa2 cara untuk dptkan anak selama ni?". Pasai apa aku kata mcm tu??? Sbbnya dlm kesemua blog berkenaan TTC ni, aku tgk blogger2 ni bersunguhh2 dalam melakukan usaha utk dapatkan zuriat. Aku keliru dengan diri aku sendiri. Bukan apa, maksud aku usaha tu, blogger ni usaha dari segi perubatan moden, tradisional dan mcm2.. Aku?? Bohonglah kalau aku kata aku tak rasa / atau dk perasaan langsung bila sentuh bab anak. Sapa tak nak anak kan? (Ehh ada ja, yg dok buang bayi tak nak anak la kan). Huhuhu, napalah ada org yang boleh buang anak mcm tu ja. Org lain yg nak anak, susah nak dapat, tapi org yang 'tak nak anak' ni senang dapat dan senang pulak membuangnya kan.. Sedih btoi aku bila tiap kali aku dengag kes buang bayi. Bagi kat kita yg tak ada anak ni lg bermakna hmmmm...

Aku nikah bulan Mac 2011. So skarang Nov 2013, dah 2 tahun 8 bulan usia perkahwinan KAMI. Next year (dah x lama dh kan) masuk 3 tahun. Tapi masih diberi peluang honeymoon berdua lg :)..  Back to TTC td, aku dapat bnyak info dari pembacaan blogger2 ni - littleangel-onesweetday, my-own-ttc-story dan bnyak lagi la yg aku dh terlupa. Blogger2 ni share pengalaman mereka tentang perasaan, pergolakan, usaha2 yg dilakukan, tekanan yg dilalui, harapan, sokongan, kekecewaan, dan mcm2 lagi ttg 'perjuangan' TTC ni. Mungkin usia perkahwinan aku yg baru 2 tahun lebih ni tak seberapa jika nak dibandingkan dengan pengalaman 'ahli2' TTC yg lain yang mana usia perkahwinan melebihi 5 tahun dan ke atas. Lagi hebat tekanan, harapan dan pengalaman yang dilaluikan. Setiap org adalah berbeza-beza.

Aku?? Hmmmm, tipulah kalau aku kata aku ni tak rasa apa kan bila org tanya " Bila lagi ni?.. Masih berdua?? Belum berisi ka?" Dah brapa org anak?? (errr tau la aku ni tembam kan :).. So, bagi org mcm aku ni (belum berzuriat) ingat tak pedih n sedih ka klu terima ayat2 keramat kat atas tu. Mungkin pada yg bertanya tu tak bermaksud nak menyakiti atau sekadar soalan spontan yg terkeluar dr mulut kan. Tapi pd aku, 'It's hurt'.. Bila terima soalan mcm tu, aku rasa malu pd diri sendiri, rasa rendah diri dan rasa mcm nak lari dari persoalan tu semua. Jawapan standard yg akan terkeluag dr mulut aku ni mcm selalu " Belum ada rezeki lg".. Apa lg yg boleh kami jawab, sbb ni semua Ketentuan DIA. Bukan kerja kita boleh nak rancang n tetapkan berapa org anak aku nak, bila aku nak (esok, arini @ semalam)...

Mcm aku ni, mas awal2 kawin dulu aku 'selamat' sikit la bila org tnya pasai anak ni sbbnya aku ada 'alasan' nak cover jawapan aku. Hubby dok jauh di perantauan (Dubai). Haa, berjumpa pun boleh bilang dgn jari ni.. :( Tapi bila dh lama2 ni (2 tahun lebih), alasan dok jauh tu dh tak 'kebal' dh huhuhu. Sbbnya ada ja kawan2 hubby yg senasib (dok jauh jgk), ramai yg dpt 'good news'. Hmmmm, belum ada rezki kami lg. Itu la tiap kali ayat yg akan keluag dri mulut aku hatta hubbyku bila dengag perkabaran gembira dr kawan2 dia.  

Cam abah n anak kan kan??.. Hubby ngan anak menakan (anak adik aku - Damia)

Ni la satu-satunya pengarang jantung, buah hati, intan payung paku pakis semua la pada keluarga kami. Cucu sulung & tunggal buat masa ni (kata sulung la sbb nanti2 ada lagi :) harapan tetap harapan)... Kesian kat keluarga mertua aku (FIL), sbb aku ni menantu sulung (bulan 3 aritu adik ipag aku baru kawin), tapi aku belum mampu bg zuriat lg kt depa. Ksian sbb FIL aku dok menumpang n bermain2 ngan cucu sedara ja.. Family aku?? Walau dh ada Damia pot pet ni, mesti la ternanti2 kan zuriat dari aku pulak. Tapi tu la, Belum ada rezki lagi kan..

Kalau org nak memujuk perasaan aku ni, mesti ada yg kata 'ala x pa, tgk ada ja org lain yg dh smpai 10 tahun pun masih belum ada anak'. Terima kasih pd yg cuba memujuk aku. Sedikit sebanyak mmg mengubat rasa dihati ni. Tapi ya la kan, selama mana hati ini dapat memujuk dari rasa sedih ni. Mmg btoi kata org, (aku pun kata jgk pd org :)) yg apa yg terjadi ni pasti ada sebab dan hikmahnya.. Memang btoi.. Sbb aku dh 'rasa dan lalui' sndri apa hikmah2 di setiap ujian/dugaan/kebahagian/kesenangan/kesusahan yg diberikan. Mmg aku akui. Ini pengalaman aku sendiri. Dari mula perkenalan aku ngan hubby sehingga la kami berkahwin. Mmg ada cerita tersendiri. Nanti lah aku cerita n share (kalau hampa semua nak tau la hihih) pada entri lain na..


 Seronokkan tgk baby ni - Damia ok :) masa brapa bulan ntah

Geram kan tgk budak ni (eeiii geram mcm nak cubit ja Mia ni)

Gambar selingan utk merawat 'duka' di hati.. Terima kasih pd DIA sbb still bagi aku peluang untuk merasai kegembiraan bersama si kecil wlwpun bukan zuriat aku sendiri. Happy sgt bila bercerita ttg keletah dia, tgk dia membesar, tgk ragam dia yg mcm2 (kdg2 geram tapi best hihihi), dan paling happy bila dia dh kenal aku dan tau nak panggil aku (Mak ngah) wlwpun sebutan dia masih x brapa jelas :)...  (Kalau la ada anak sendiri mesti lagiiiiii happy kan)...

Aku just nak share perasaan n pengalaman aku ni.. Sepanjang tempoh aku bergelar isteri ni, wlwpun aku jumpa hubby ku bukan 365 hari setahun, aku tetap menaruh harapan untuk mengandung. Kalau org lain ada suami disisi 365 hari, tapi tidak utk aku. Aku cuma ada mungkin berjumpa ngan suami aku dlm kurang 50 hari daripada 365 hari (50/365). Tapi tahun ni lebih skit sbb aku cuti 3 bulan (Cuti tanpa gaji) untuk dekat dgn suami aku. Untuk apa? untuk mencuba lagi dan lagi..

Sharing info dan pengalaman skit ye sbb mungkin ada yg melalui pengalaman sama mcm aku dan mesti ada yg lebih dari aku. Sebelum aku kahwin (dari kali pertama period) (pasni aku tulis P = Period je ye) aku tak pernah lewat smpai seminggu. Selalunya lewat dlm 2 - 4 hari ja. Cycle P aku mmg tak tetap. Ada org yg bertuah , cycle P tetap 28 hari setiap bulan. Kenapa cycle tetap ni penting? Sbb senang nak tau bila waktu subur. So, lepas ja kawin aku melalui detik dimana P aku pernah lewat seminggu dan paling lama lewat 2 minggu. Tak pernah lebih dari itu.  Kalau dh kawin, P pun lewat, tentulah bnda pertama yg bermain difikaran adalah "aku pregnant ka?".

First time aku lewat period seminggu masa tu aku dlm kursus DPA 6 bulan. Masa tu bulan Januari kot. Masa kami abis modul WATANIAH selama sbulan, kami ada pelepasan cuti seminggu. Masa tu la aku pertama kalinya jumpa hubby aku sejak 8 bulan dia ke Dubai.. Hoiii 8 bulan tau x jumpa hubby sob..sob.. So, kami bercuti ke Sabah. Balik ja, aku menyambung balik kursus aku tu. Lepas dari tu, aku lewat P hampir seminggu. Aku ngan rakan batch aku masa tu Asma' nama dia. ADO pjbt SPS skarang ni, kami sama2 lewat P seminggu. Asma' ni pun baru kawin. So kami berdua berbunga2 la hati dengan penuh pengharapan dan itulah pertama kalinya aku buat ujian UPT. Tapi tu la. DIA dh menentukan, keputusan tetap 1 line ja. Tak lama P pun datang. Sedih?? Mesti la. Menangis tau masa tu. Rasa stress jgk (dh la dgn kursus yg x habis2 lg nih). Hubby plak jauh. Hmmm, REDHA la dgn keputusanNYA.

Lepas pada tu, aku rasa ada la lagi 2,3 kali UPT yg aku buat bila P aku lewat dlm seminggu. Tapi tu la kan.. So, pemergian aku ke Dubai awal bulan Feb tahun ni aku tawakal dan berserah pd DIA. Aku usahakan utk cuti tanpa gaji (walau jejas seniority aku dlm perkhidmatan) utk duduk bersama hubbyku selama hampir 3 bulan tu.. Ni la pertama kalinya selepas kami nikah, kami duduk bersama dlm satu rumah utk jangka masa panjang (3 bulan ja pun huhu)..So, sepanjang 3 bulan ni, aku manruh harapan tinggi untuk mengandung. Aku rasa hubby aku pun rasakan bnda yg sama..

Bulan pertama, P aku tetap datang (kecewa?? tentulah..). Tapi x pa, kita cuba lagi. So, the next month aku aku rasa kelainan pada badan aku. Aku x tau samada apa yg aku rasa dan alami ni mmg btoi tandanya atau pun sbb aku terlalu obses utk mengandung sehingga aku terbawa2 tanda2 tu. Terpulanglah pada pandangan / tafsiran anda yg ada pengalaman mengandung adakah apa yg aku rasa ni btoi ka dk. Tiap2 bulan sebelum P, aku akan rasa tanda2nya. Ha, ramai yg sama mcm aku kan. Sakit pada miss B anda. Selalunya seminggu la sakitnya. Lepas tu P pun datang. Bila aku start rasa sakit ja di situ, aku tau dh yg seminggu lg aku akan P. So, masa first sakit ja aku dh rasa kecewa untuk kesekian kalinya. Tapi yg peliknya bila dh seminggu, P tak datang2 jgk. dan dalam masa tu jgk aku rasa mcm x brapa sedap badan. Selalu rasa angin2 / senak pada perut. dah masuk hari ke 11 mcm tu aku masih rasa sakit disitu dan P x jgk mai. Aku dh mcm suspek sesuatu. Tapi tu la, mungkin la, aku sendiri tak perasan yg dlm pada masa tu aku x jaga pemakanan aku. Aku x perasan yg aku ada minum 2/3 kali air bergas. Sbbnya kami ada order makan malam dari luar sbb dh letih keluar berjalan dlm tempoh seminggu mcm tu. Pakej makan sekali dgn air bergas. Aku minum.

Nak dijadikan cerita, genap 2 mggu rasa sakit tu, masa tu magrib, aku rasa sakit perut sgt. P pain. Ya , P aku datang.. :(  Tapi yg ni mmg lain skit sakitnya dari yg pernah aku lalui. Aku bgtau hubby yg aku P. Masa tu aku dpt rasa hubbyku rasa kecewa sbb aku nmpak perubahan pd muka dia. I'm sorry hubby..  Sakit datang P  kali ni mmg sakitnya melampau sikit dari biasa. Aku smpai kalau boleh tak mau bangun dari katil. Aku terbaring tahan sakit perut yg amat mlm tu. Nak tidog pun payah. Tapi aku tak bgtau hubby aku pun... Nextday sakit pun reda. Selalunya aku hanya akan sakit P pain tak smpai seharian (dlm 8-12 jam yg pertama ja). Lepas tu ok dh. Tapi kali ni lebih dari itu. Aku x pikir apa2 pun selain rasa frust yg amat sgt.. Next monthnya pun sama, masih P datang. So, KAMI pasrah.. Aku tak pasti adakah apa yg aku alami pd P kali itu adakah sebenarnya ada sesuatu yg sedang berevolusi di rahim, tetapi aku dgn secara tidak sengaja 'meyingkirkan' dia dari terus berevolusi dgn meminum air bergas tu. Ntah la, aku sndiri tak pasti sbb 'tanda' yg aku alami tu mmg aku x pernah rasa selama ni. Aku yg salah ka?? atau hanya aku yg terlebih obses dgn keadaan aku.

Tapi aku x putus asa, masih terus mencuba. Aku belum mencuba apa2 cara moden lagi setakat ini. Cuma pernah berurut sekali ja (pertama kali seumug hidup). Tu pun aku x rancang pun nak berurut. Tapi hubby aku teringin sgt nak berurut sbb bdn dia dia sakit sejak kerja di sana. Kebetulan, dua laki bini (kwan hubby) mmg tukang urut, tanya aku nak urut sama tak. Dalam tak mau tu, boleh kata nak plak. hjihi.. So, masa berurut tu, dia kata peranakan aku turun sikit. Errr, mcm tu ek. Dia urut bg 'naik' katanya. Sakit woo masa dia urut bhgian perut tu. Dia kata penyebab peranakn turun ni mungkin sbb buat aktiviti fizikal berat/ aktif dll. Aku teringat apa yg aku buat masa kursus 6 bulan tu. Hmmmm, mungkin kah salah satu penyebabnya?? Tak pastilah aku.. Boleh bayang tak melompat2 hampir setiap hari (tepuk lalat/star jump/side role/dll lagi la) dengan sepenuh hati. Hmmm.. ntah la..

Aku masih ingat lagi masa aku dpt tau yg adik ipar aku mengandung.. Masa aku dengar tu, aku rasa happy dlm sedih. Kenapa?? Happy sbb penantian FIL aku nanti akan berakhir. Tapi sedih dlm masa sama sbb bukan aku yg mengandung.. Tapi tu la, dugaan utk adik ipar aku, kandungannya tak dapat bertahan. Dia keguguran tak lama lepas tu. Mesti dia lebih sedih dari aku sbb kehilangan zuriat pertama.. :(

Smpai ke hari ni aku dh beberapa kali jgk buat UPT bila lewat skit. Sbb slagi ada 'harapan' slagi tu aku tak putus asa. Dan kalu nak tau, baru ni ja aku buat 2 kali UPT. Allah Maha Berkuasa.. DIA lebih mengetahui kan.. belum ada rezki lg  :)


                                                   Still hopping :)


























6 comments:

  1. Salam sis, maaf sbb komen entry lame. Sejujurnya dulu pun sy mcm sis. Nasib kita same je.. Suami jauh. Dtg sekali sekala. Lgpula sy diuji suami ade sakit. Kalau dpt bersama pun sebulan sekali atau 3 bulan sekali. Lame gak berharap nak anak. Tp hampa. Result asyik -ve. Pastu dtg cik P sy pun tak tetap. Kekadang 6 bulan sekali, 3 bulan sekali atau 2 bulan sekali. Akhirnya dah malas mengharap.

    Bile carik punca kenapa cik P cam tak normal, rupenye sbb mslh kegemukan. Sy gemuk. 80 kg gak sy time tu. And then sy mkn ati ngan encik hubby. Bawak diri sebulan lebih. Keje kat syrikat jauh dri pngetahuan en hubby. Rupenye syrikat tu ckup2 mkn je gajinye dgn kos sara idop. Terpaksa diet. Jarang mkn nasik. Nak jimat duit punye pasal, sanggup hari2 jalan kaki 20 minit dari rumah sewa sampai ofis. Naik turun jejantas hari2. Bayangkanlah. Akhirnye berat badan susut. Sampai 73kg. Time tu setart amek asid folik. Makan sesaje. Pstu en hubby pujuk ajak duduk kt uma and keje bwh dia. Termakan la pujukan tu, tup2 lepas 4 bulan duduk ngan en hubby, sy pregnnt. Dan sblm prgnnt tu sy ade buat solat hajat..pegi ke makam org berkat, berdoa. Bahkan sy berkhidmat utk anak yatim. Sambil bdoa moga dgn khidmat ni Allah beri peluang sy miliki zuriat. Alamdulillah..Allah menunaikan tiap pmintaan sy. Moga perkongsian sy ini bermanfaat utk sis. Sy yakin sis ade rezki anak. Aminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam sis.. Tq sebab ada juga yg sudi share pengalaman dgn saya.. Firstly, tahniah pd sis dan suami di atas kurniaan zuriat dariNYA :).. Sebenarnya tidaklh kita ketahui perancangan Allah pd kita dan pasangan. Berjauhan pun dah 1 'kesakitan', belum ada ank pun 1 'kesakitan' sbb presurre dr org sekeliling yg x kan pernah faham.. Tapi sya pun yakin, Allah ada jawapannya.. Pengalaman sis mmg sesuai dijadikn salah satu daripada usaha kn.. Nampak mmg susah, tapi sgt berbaloi buat sis :). Semoga sya pun dpt manfaat dr perkongsian ini. Thanks sis :)

      Delete
    2. Assalam..sy pn trus menanti sis..2 tahun dh..keadaan sy sma mcm sis.. Sedih..hanya Allah yg tahu..tp suami tetap cuba pujukkan hati ni..tp sy tahu,jauh sudut hati suami,dia tetap nakkan zuriat..fh bermacam2 sy cuba..sehingga sekarang ni..mudah mudahan Allah akn berikan nikmat dan hikmah di sebalik kedukaan ni..perancangan Allah adalah yg terbaik..

      Delete
  2. UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
    (cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,
    SMS/WASSUP 0148004302

    ReplyDelete
  3. Sekadar perkongsian. Saya tengah TTC sekarang. Tahun lepas 2 kali saya keguguran disebabkan ada fibroid. Tapi Allah maha kuasa Fibroid mengecut selepas buat checkup 2 mggu lepas. Dia cadangkan saya TTC untuk tengok mcmana keadaan kalu mengandung lagi.
    Dalam kes sis ne, saya rasa sis ada masalah hormon sebab period sis selalu dtg lebih dr 35 hari. Period normal dalam 27 - 30 hari sis. Mungkin sis boleh cuba amalkan vitamin utk stabilkan hormon dahulu. selepas 3 bulan blh tgk hasilnya.
    Sis boleh whatsapp saya untuk keterangan lanjut Eira 019-5129037

    ReplyDelete
  4. Assalam sis... Boleh ikhtiar dgn Air Jus Zuriat Alharraz Alhaurra utk hamil, in shaa Allah... berminat boleh whatsapp sy 01156846535 atau Fb sy Suhaila Jus Zuriat ☺
    Customer sy 16thn ttc Alhamdulillah skrg tgh hamil..

    ReplyDelete