Pages

Friday 3 January 2014

IJOK HERE WE COME

Assalamualaikum semua,

IJOK.. Pernah dengar kan nama tempat ni. Tapi bukan di Selangor na. ni IJOK di daerah Selama, Perak.. Alhamdulillah, kali ni kami berkesempatan untuk ikut NGO Wargakilang dalam program JJMK (Jalan-jalan Masuk Kampung). Misi kali ni, adalah untuk menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan. Kan sekolah nak buka x lama lg. Bantuan termasuk makanan dan keperluan harian lain.

Tujuan aku nak kongsi pengalaman kami ni adalah untuk mendedahkan pada anda semua yg ada insan2 yang masih idup dalam kesusahan, kedaifan yang bukan atas kehendak diri sendiri. Aku join misi ni sbb aku nak tgk sendiri kesusahan yang dialami dan dilalui oleh saudara2 kita yang mana aku rasa kita tak boleh nak biarkan mcm tu ja. Walaupun bukan lah besag mana sumbangan yg boleh diberikan, sekurang-kurangnya dapatlah memberikan kecerian dan sedikit senyuman pada mereka-mereka ni terutama anak2 kecil yang tak tahu apa2. Susah jgk rasanya aku nak sampaikan secara penceritaan (ceh ayat tak henggat :). Sbb kalau kita pi sendiri dan tgk sendiri, nescaya (haha) hampa akan paham. Sbelum ni dh ada entri ttg NGO wargakilang. Bacalah klu hampa x baca lagi :)

Aku bukanla nak promote NGO wargakilang. Bukan , bukan, bukan na.. Cumanya aku rasa patut lebih ramai (mmg dh ramai pun setakat ni) untuk tau apa yg NGOwargakilang ni dok buat. Nama 'wargakilang' ni bukanlah bermaksud org yg kerja kilang ja yg join aktiviti ni. Ni nama asal masa mula2 depa mula dulu. So depa kekalkan. Ramai dh individu2 persendirian, penjawat awam, badan2 NGO lain yg join  ngan NGOwargakilang ni. Untuk apa??? Untuk membuat amal jariah, sedekah, bantuan pada yang memerlukan. So wargakilang ni depa jd mcm pusat terimaan/pengumpulan barang makanan/pakaian/mainan/perkakasan yg org2 nak sedekah kepada org2 susah. Depa ni la yg akan jd 'posmen'.. Hantag barang2 ni tanpa kira masa,penat,lelah...

So, strait to the point, pada 8 Disember 2013 (ahad) aku dan beberapa warga PTG (termasuklah pengarah kami Dato' Arifin a.k.a Tok Pin pun turut serta). Kami bergerak bersama2 dengan Pasukan Sukeralawan UiTM Permatang Pauh dan Timbalan Rektor UiTM (DR. Subri) ke ADTEC Mahang dimana semua ahli konvoi berkumpul di sana. Ada hampir 250 org , lebih 50 buah kereta dan 15 org marshall. Haaa.. gramai ooooo..

Nebes nervous pun ada. Ya la x penah join pun konvoi2 kereta besar-besaran cmni. Smpai ja di ADTEC, tgk2 depa dh buat agihan barang sebnyak 32 bahagian. (penerima 32 buah keluarga). Bahagian hasil sedekah dan sumbangan dari pihak PTG + individu2 lain + UiTM kami gunakan utk beli barangan toiletries. Yang lain2 barang mcm beg sekolah, alat tulis, barang makanan (beras,gula,bihun,susu, sardin, dll) dan lain2 lagi disumbangkan oleh bnyak pihak lain. Yang aku perasan ada wakil dari pihak Bank Rakyat, Jabil, temanmesra.com (klu x salah aku la), org2 perseorangan, ADTEC Mahang dan ramai lagi la yang dah ready nak berkonvoi.






Suasana di ADTEC Mahang (tempat berkumpul)

Barang2 sumbangan semua diagihkan pada 32 bahagian. (Ada 32 penerima)

Baju biru tu geng ADTEC Mahang. Yang Baju oren ni la Wargakilang :)




Our humble boss :) Dato' Hj Ariffin dok wat spotcheck barang.
Barang2 dari warga PTG dan UiTM ni kami beli sehari sebelum (Jumaat). Pi beli 3 org ja. Naik 2 kereta. Kelisa ngan Wira. Alih2 bila tgk barang2 yg dh siap beli alamakkkk banyaknya. Dengan berat melebihi 100kg semua errr cmno ni..Mau willy kereta kami.. Hahaha, nasib ada van opis yg sudi membantu :)



Siap cekak pinggang Tok Pin dok tgk barang bagi puas hati



Ni la suami isteri yang mengepalai kami dr PTG dan UiTM.  Opis mate aku, Liana. Hubby dia, Shazwan lecturer di UiTM.



Walau x ramai dr opis yg dapat join, kami tetap happy utk wakilkan depa semua :). Opis mate, Zalina (sebelah kiri aku) siap bwak hubby, sepupu n kakak lagi :)



Semua barang2 32 bahagian tu akan dimuatkan dalam kereta2 yg voluntere nak bwak pulak.


Bermulalah perjalanan kami. Hmpir 50 buah kereta menyusuri jalan di Mahang ni menuju Ijok.. Ada marshall yg mengiringi dan mengawal lalu lintas.



Menghampiri check point 1. Kami akan singgah di 6 check point.  Setiap check point, ada dalam 5 buah @ lebih keluarga / penerima sumbangan akan berkumpul disitu. Bukan apa, dengan keadaan kami yg sgt ramai, tak mungkin dapat pi ke semua 32 buah rumah tu..



Aku menumpan kereta liana. So aku la jadi pengasuh secara tak langung pada Amir hihi.. Gud boy tau. Pandai layan 'kakak'.. hihi. Ibu dia suruh panggil aunty, tapi Amir tetap dengan panggilan kakak. Auuuww terasa muda gitu hihi..

Ni la antara jalan yang kami lalui untuk ke check point 1.






Salah seorang marshall yang eskot kami



Check point 1. Ada 5 penerima disini.

 Check point 2.

 Pada check point ke-2, ada sebuah rumah penerima yang jauh ke dalam. Hampir kesemua ahli rombongan berjalan ke sana.

 Anak2 kecil turut dibawa untuk mendedahkan ttg alam sekeliling dan kehidupan sukar yang dialami org lain.

 Antara laluan yg dilalui sekeluarga ini utk keluar ke sekolah setiap hari.


Jauh perjalanan.



Bungkusan pasir di dalam kain yang dibuat sendiri oleh pakcik itu utk memudahkan laluannya setiap hari.


Rumah pakcik ni sorang ja yang jauh ke dalam.



Moment yang touching pada saat ini. Genggaman dan pandangan adik berbaju biru (penerima) seakan memberi satu makna yg besar buat Amir (berbaju merah).



Ladang getah, denai, jalan yang lecah.. Itulah laluan sehari2 keluarga ini. Kita??? Jalan raya yang bertar, dikelilingi bangunan.



Buah pulasan yang belum masak :) Dap..dap..



Titian usang.



Penerima seterusnya.. Pakcik dan anak lelakinya turut mengalamai kecacatan pada kaki.
Pak cik ni bekerja sebagai mekanik.





Isi tangki dulu :).. Bagi penuh baru teruskan perjalanan..Makanan superb... lauk pauk kampung dan ulam ulaman.


 Indah panorama.. Perjalanan diteruskan.





Salah sebuah rumah penerima..


Check point terakhir..





Sangat bermakna pada saat ini. Pandangan yang hanya adik ni saja yg mengerti.



Persinggahan terakhir sebelum balik
Liana n Amir bermandi manda :)




 Sekian :)

Sunday 29 December 2013

PRODUK KRAFTANGAN FELT AININA LOVELY SHOP LAGI

Assalamualaikum semua...

Update.. update terkini.. Latest kraftangan dari AININA LOVELY SHOP (klik la untuk jenguk sekejap barangan ini)..   Cuci mata jom :)















Ni pencil case (tempahan oleh customer).


Ada yg dh sold out. Tapi klu nak jgk yg sama, boleh request ye :)