Pages

Monday 26 August 2013

DUBAI

Tiba-tiba ja rasa teringin nak ke sana lagi :).. Aritu pi tak puas pusing lg pun. hihi.. Masa pi aritu bulan Feb - April cuaca ada la sejuk2 skit. Kali ni rasa mcm nak pi time btoi2 sejuk. Boleh dak en hubby ??? Nak rasa suasana btoi2 sejuk kt sana. Maklumla, nak rasa salji x tau ada pluang ka dak kan.. Lagipun aritu pi cuma seorang diri ja (tak dak geng nak teman shopping) hihi itu hat sebetoinya..

Tapi, sebenagnya aku miss my hubby huhu.. Ksian dia kt sana, kna masak, basuh pkai sndri. en Hubby, boleh dak saya nak p jalan2 lg kt sana ?? hihi.. (paksaan di si ni ye).. InsyaAllah, ada rezki lebih, boleh la p lagi kan. Klu dk, dok diam2 kt umah tu :)

Miss this moment :(














Thursday 22 August 2013

MAKAN-MAKAN RAYA PEJABAT PTG

"Kini, tiba masanya, hati gembira dihari raya.
Bertemu sanak dan saudara, bermaaf maafan,
penuh keikhlasan..."

Hari ni pejabat kami buat open house jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri. Bermacam2 juadah la yg terhidang. Rasanya mmg jenuh pulun makan smpai kembung la. Dari ujung meja sini penuh smpai ujung meja sana nu.. huihh.. mmg kaya dengan makanan sungguh la hari ni. Makan smpai sengkak x terkata apa.

Makanan hat depa order utk jamuan kali ni ada satey (hat ni mmg feberet la.) Tiap kali jamuan raya, mmg x sah la klu x dak satay. Hat ni la yg depa serbu dulu haha.. Pastu ada laksa, bihun sup, cendol, ais kacang, rojak, roti jala, nasi impit lemang, rendang daging, rendang ayam, kuih muih pun macam2 ada, kue teow goreng, nasi goreng, buah-buahan. Nasi berlauk pun ada. Hahh, mau tak sengkak di buatnya. Tahap melampaui batasn la klu bleh sumbat semua makneka tu. Aku yg mkn sejam pertama pun sampai sengap masuk jam kedua. Mana taknya, makan terlajak banyak.

Jemputan kami pun ramai jgk yg datang. Antaranya Ketua Menteri(CM) Lim Guan Eng.. dia mmg slalu akan mai punya. Timbalan Ketua Menteri 1 (YB Rashid), YB Malik, Dato' Kewangan Negeri, Dato' Setiausaha Negeri, YB Lim Hock Seng (rambut baru ala2 Aron Kwok hihi), DO azizi, DO Saodah (x bos aku), n ADO2 yg sewaktu dengannya. Hahh ramai gak tu. Sampaikan tetamu2 hat nak jmpa ngan CM, YB2 pun mai join sekaki makan ngan kami.. Apa nak kisah, open house kan.

Esoknya ada lagi makan2 oleh bahagian2 dlm opis ni. Maka aku akan sparekan perutku ini dengan kekosongan tahap maksimum untuk membolehkan segala makanan yg terhidang dirasai oleh aku hahahaha.. ganaih dak.. Makan smpai tembam tak hengat. Hai bila masa la nak kuruih nih (mcm la bleh kuruih kalau dok baham tak tentu hala) huhuhu... 

Jom tengok gambag2 sempena Open House PTG .. :)

                                         Makanan feberet la.....                                        

                                         CC Nora dok potong kuih-muih


                                          Hat ni geng org blakang tabir ye :)

                                         Ni la pengacara majlis kami..

                                         Ketibaan YBhg. Dato PTG a.k.a Tok Pin hihi (Bos besag kami)

                                         Wajah2 kelaparan hahaha

                                         Sesi Tok Pin bergurau senduk ngan officernya


                                         Nampak dak kad raya giant warna oren tu :)
                                         Puan Azi masih dgn Henponnya.. Dok sms hubby agaknya
                                         suh standby nak turun ngan geng ADO PTDDTL :)




                                         Org kanan PTG hahaha.. (ini semua poyo!!!!)

                                         Errr burrrpppp.. Alhamdulillah

Azi, Kak Zan, Liana, Awatif n K.su.. Selamat menjamu selera :)


                                         Kes baju sedondon.. Liana n Tok Pin

                           Err, hat ni Tok Pin saja nak bg Hubby ku jeles katanya hihihi
                                         Jgn mara arr En Reza :)

                                         x Boss (Pn Hjh Saodah) pun mai.. :)

                                         Pheewittt... Posing maut tak?? hihi

                       Ambik gambag sipi2 ja ngn Lim Guan Eng (CM) haha.. Sbb x mo 
                              ganggu beliau tengh santap.. Smpai ja CM td truih bgtau 
                                         "Saya nak lemang" hihihi


                          Ni org kuat Biro Penerbitan ye.. hihi Kes baju sedondon gak
                                          nih.. Gambar  bos Biro tak ada di sini ye..


Ok la, nnti sambung lg yek cerita2 pasai makan nih :) 




Tuesday 20 August 2013

PANDUAN PEMANDUAN BERHEMAH 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Hari ni tetiba ja rasa nak bg sedikit panduan dan berkongsi pengalaman dalam pemanduan kereta (motosikal kna tanya org lain na sbb aku x greti bwak moto hihi).. Bukan apa, baru2 ni Lissa aku telah dihentam oleh sebuah kenderaan pacuan 4 roda yg berjenama Wira.. huhu.. so, aku terdetik la nak share pengalaman dlm memandu kereta (mcm la lama sgt dh bwak kreta kan.. baru 8 tahun ja).. Tapi ini sekadar peringatan untuk diri sendiri dan tuan/puan/adik/kakak/abang smua mungkin bleh sama2 follow ye. Lagipun ni bukan la bnda baru. Masa amik ujian kereta dulu pun depa dh ajag..

Peringatan semasa memandu:

1) Jarak antara kenderaan
    - Pastikan jaraj kereta anda dengan kereta di hadapan adalah sejauh sebuah kereta dihadapan (anggap la mcm ada kereta sebijik lagi kt depan tu na). Bukan apa, klu kreta depan emergency break, dan la kita pun nak break sebelum menghentam depa..

2) Lampu signal
   - Pastikan anda nyalakan lampu signal sekurang2nya 100meter sebelum smpai simpang anda nak belok tu. Dalam masa yg sama, perlahankn kenderaan anda ye. Jgn plak dok kona baring kt simpang tu. Bila dh nyalakan lampu signal, jgn plak lupa tutup signal ye. Kang org yg dok tunggu nak keluar simpang dok la tunggu hampa lalu terus sbb hampa x bg signal, grupa2nya hampa nak belok masuk simpang... ni la mkn dia


3) Beri laluan
   - Bila kita melalui jalan yg bertembung dgn susur keluar, kita yg dari susur masuk dan yg memandu di laluan terus tu kna la sama2 hati. Mmg la sapa yg memandu di laluan terus tu x perlu bagi laluan, tp kdg2 org yg dari susur masuk tu ada yg tak greti bahasa. Dia memandu menonong ja truih masuk lane kita dengan lajunya. Jadi bgi menyelamatkan diri kita ni, kita pastikan setiap kali lalu kt susur masuk tu, kita perlahan kan sedikit kereta kita. Untuk keselamatan masing2 jgk.. Lihat gambarajah (kreta biru patutnya perlahan dan bg lalauan pada kereta pink ok....)


 
4) Memandu di lorong yang betul
   - Peringatan ye.. Lorong paling kanan adalah lorong LAJU. klu agak2 nak bercinta ka, nak bwak keta sambil mkn cokodok ka, atau bwak muatan berat ka tolong la memandu di lorong kiri..
 
5) Memotong barisan
   - kalau nak memotong, tolong la potong di laluan yg lurus ye kawan2. Jgn la dok buat teror potong tang kona. Potong masa dok naik bukit. Potong tang selekoh tajam. Potong melalui laluan berumput..Kita x nmpak kreta ka moto  ka, beskal ka, siput tuttt ka kt dpan sana. Jadi merbahaya kepada kedua2 pihak ye.
 
 
ok, hari ni ckupla pembelajran kita ye.. Next time kita tgk hat lain pulak..
  

Monday 19 August 2013

KESIAN MY LISSA... :(

Assalamualaikum,

Luluh hatiku melihat punggung Lissa ku sebegitu rupa.. Errr jgn salah paham na.. Tak dk kena mengena dgn manusia @ haiwan peliharaan ye.... Cer tgk gambar di bawah..huhu.. Geramnya aku....


Hampa nak tau dk cmna leh jd lagu tu?? tak mau pun, aku nak crita gak.. Hari tu hari Jumaat (16 Ogos 2013) hari paling best la bg semua pekerja2 sbb last day keja kan.. So, petang tu dlm 5.45 ptg cmtu aku pun drive la pulang. Sebelum tu aku kna singgah utk amik adindaku bersama si kecik pot pet kat umah depa di Pangsapuri Idaman. So, dari KOMTAR, aku melalui Jelutong Expressway la (Jalan Lim Chong Eu).. Jalan tu ada 3 lorong. Memandangkan aku nak turun ke susur kiri, maka aku pun sejak dari mula masuk ja jalan tu aku dh drive di lorong paling kiri la (aku pemandu berhemah ok).. Sebelum sampai susur keluar kiri tu, aku melintasi Shell (disebelah kiri aku). Org yg keluar dr Shell akan merentas masuk ke laluan aku la sbb tu ja jln yg ada. Tgk dok syok drive kat shell tu, ada lori ngan pajero berebut nak kuag simpang dpan aku ni. Bengang btoi la ngan pemandu bodo mcm ni. Dah nmpak aku dok cantik punya mai, depa kalut jgk nak keluag. Ingat kreta aku bleh la dok jadi halimuna kt situ kot. Maka aku pun terpaksa la memperlahankan kenderaan aku.. Dengan tak semena2, sebuah kereta WIRA PFJ 2413 dengan lajunya dari arah belakang (mungkin nak mengelak aku la tu) dia cunba nak tukar lane ke kanan, tp apa kan daya x lepasih, dia sondol la punggung Lissa ku di sebelah kanan..

Dengag ja (dushhh) aku tergenjak ke depan. Hahhhhh, mangkuk mana plak langgar aku ni..tgk2, Wira gold yg langgag aku.. dia p lorong tengah... Aku bg highbeam la kt dia, kot dia nak blah cmtu ja.. nasib dia pun masuk blik lorong kiri depan aku dan berenti kat tepi. (driver tu gelabah kot sampai nak berenti pun dia smpai naik ataih divider jalan.). Aku pun berenti. Sempat pandang pada cermin sisi, aikkkk.. Asap apa plak kt blakang. Patut la aku dngag moto pakat dok tinn tinn tinn.. Rupanya berasap kat blakang.. Aku matikan enjin, trus call adinda ku yg mmg umah dia aku dh boleh nmpak dh kt tepi jalan tu. Masa tu jgk, penumpang kereta hat langgang aku tu pun keluag. Dia mai, kt tempat duduk penumpang aku sbb jalan sibuk sgt kt sebelah kanan aku. Aku buka pintu, dia kata (x pa, x pa, buka tingkap ja).. Aku pun trunlan tingkap. Heran jgk, hat pemandu tu x begerak langsung dr tempat duduk. tp penumpang dia plak yg mai kt aku. X pa. Aku tgk kt cermin kereta dia nmpak pemandu tu pakcik india. Serius ehh muka dia. (dia x tgk muka aku lg) mcm singa tak mkn tengahri..

Pakcik tu pun bercakap la nak setle la, kata x pyah report la, dia dok simpang 4. Dekat ja ngan uamh aku la, Kata aku nk p pomen mana. Dia kata x pa nnti jmpa di kedai pomen. Nama dia Pak Awi. Dia bg no fon dia ngan pemandu ht ketegag x mau turun tu. Aku kata kt dia, apa2 pun pak cik p tgk blkakang kreta saya. berasap. Saya nak gerak mcm mana p pomen. Tgk2, tu dia, bumper melekat kt taya.. Hadoi.. pak cik tu pun berusaha la dengan gigihnya dok katok bumper melekat tu. Ntah mai mana plak sorang uncle india ni dari seberang jalan sana nu (dia lintas jalan 6 lane kotttt) nak mai kt kami. nak tolong... ishh..ish..ishh.. tapi dia membahayakan diri dia dgn melintas jalan 6 lane tu dan dok tebongkok2 tepi taya (kereta dok lalu belakang dia). Satg x pasai2 dia plak yg kna grempuh.. huhu.. tup.tup.. lalu la bdk opis aku. Anas.. dia pun tolong gak bg bumper tu keluag dr taya. Ok selesai bab bumper, aku amik no ic dan alamt pak cik tu. (sebenangnya aku kna amik detail pemandu kan). Tp sbb aku masa tu pun dh blurr seketika.. Dia kata nnti call dia @ pemandu tegar tu..

Dlm perjalanan pulang, aku call la set time ngan tempt nk jmpa sok. Dia kata ok. Soknya, aku sms dia. X dk reply pun. Aku call dia. Kata mcm mana. Tau dk pak awi tu kata apa ?? "driver tu (Gopal) x bangun tidog lagi." Aku rasa mcm nak lempang ja pak cik tu. Dah la hampa langgag kreta aku, x dak skali pun hampa nak call tnya apa ka. Aku sms pun hampa x reply. Bleh dok bg alasan x bangun tidog. Geram ehh.. Aku bg masa lg stngah ja. KLu dk nk p report. Smpai stngah jam, x jgk call aku. Aku call lg skali (sbb aku ni baik sgt kan) bg muka.. Diabg alsan kata nak bncang amik duit plak.Aku nak hangin la. nak amik duit apanya smpai berejam. Aku bkn nak mintak dia bg duit, cuma nak dia p kdai pomen tu, p setle la ngan pomen tu. Dia kata bg sejam lg. Hah, ni kes nak naya aku yg baik hati ni la kan. Aku pun mengeluarkan la hujah2 aku yg aku simpan lama dh ni.. Dia bleh kata, bg la pluang kt dia. Pluang apanya lg pak cik, dh la hampa langsung x call, call ht pemandu tu x pnahnya nak jawab. tggu hampa dr sejam ke sejam, x bg respon. Akhirnya aku nekad p buat report.

Lpas ni nak kna deal ngan bengkel n insuran.. hadoi satu keja plak nk kna buat.. hmmm... ok tata..




















Thursday 15 August 2013

SUNYI SEPI

Assalamualaikum wahai kalian.....

Owhh.. sunyinya.. Nak tgk org lalu pun jarang2. Dah tak dak bunyi org bising2, jeritan panggilan di sana sini, bunyi lagu berkumandang, org masuk bilik ni pun bleh kira brapa kali sehari. Nak bersembang pun dengan PC ja. Haduhhhh... bleh stress jgk mcm ni. Ni baru tak sampai sebulan dh rasa mcm x tentu arah. Rasa mcm kera sumbang pun ada dok kt sini.... Korang paham tak??? apa yg aku bebelkan ni.. :(

Tempat kejadian : Opis
Waktu                   : 8.00 pg -5.00 ptg
Tarikh                   : Isnin hingga Jumaat (setiap mggu)

Dulu, bila balik rumah ja aku dh teringat2 fail2 atas meja yg nak kena settle pada waktunya. Tak pernah henti sbb fail yg masuk dan keluar dr bilik aku pun tak berhenti2. Kadang2 sampai kena ligan masa sbb nak settle kan fail2 tu. Bleh kira dengan jari brapa kali dlm seminggu aku p makan lunch (tapi tetap tembam huhuhu pelikkk) sbb nak habiskan kerja. Aku klu bleh nak elakkan stayback sbbnya aku rasa masa kt umah terlalu singkat. Asal balik ja, jem teruk. Dah smpai umah, lepas buat itu ini, dlm pkul 9.30 ke 10.00 mlm aku dh gelong. Ksian hubby aku sbb nak skype ja, aku dh terzzzzzzz... Mana taknya, dia balik keja, smpai umah dlm pkul 7 mlm (sini pkul 11 mlm). hah, nak mandi, masak makan bagai, mau tak dekat kui 12++ tngh mlm.. Masa tu dh tentu2 aku dh mimpim sampai ke mana ntah..

Tapi lani, bila mai opis ja, mcm dh kurang motivasi. Dulu, wlw bnyak kerja bertimbun2 fail, lain perasaannya. La ni fail tetap masuk, 'msalah' public hari2 masuk. Preparation utk bil cukai dok buat. Tp yg membezakan adalah SUASANA.. huhuhu bosannya hanya Syamsul ja yg tau hahahaha.. sbb dulu dia bos Hasil, la aku plak yg menanggungnya (ntah brapa lama plak)..

Bosan?? Sunyi?? Stress?? Betoi la tu.. mmg semua tu aku rasa. Dulu kalau ada masalah ttg kerja atau staff, ada jgk la 3 sekawan nak dibawak berbincang. La ni nak bincang ngan sapa??? Teruih p kat Pengarah. hadoiiii... Dulu, klu ada palnning nak buat kursus/problem kerja/ msalah disiplin staff, bleh jgk buat meja rundingan ngan 4 org ahli tetap. La ni???? ngan sapa oooiiiiiii aku nak berunding....

Dulu, asal siap ja fail, letak ja ataih meja. Jgn bimbang, pasti akan keluag la fail tu. Klu nak cari fail apa2, senang ja, panggil ja Ah Hin (pencari fail yg sgt berjaya) pekerja yg paling rajin aku pernah jmpa slama aku kerja ni. Kira boleh mengada la kan. Mana taknya, fail yg keluag masuk bertimbun2 kot. Kadang klu aku cuti 2,3 hari atau kursus seminggu, mau nya bila mai opis bleh nmpak aku separuh ja kt meja tu. (tu nak habag betapa bnyaknya fail masuk).. La ni, nmpaknya aku diberi peluang 'rest' sat kot slpas 4 tahun lebih aku bersilat ngan fail2 tu semua. huhuhu.. Trus trang la, aku stress la bila mcm ni. Kadang rasa mcm kurang produktif.. x dak semangat.. Sebabnya aku rasa aku keseorangan kt sini. environment pun SUNYI sgttttttttt... huhuhuhu

Sekian..... :(




















Wednesday 14 August 2013

RAYA DATANG DAN PERGI

Assalamualaikum,

Masih tak terlambat lagi kan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua :) Maaf zahir dan batin kerna pasti ada kesilapan perbuatan dan kata2 yang tidak disengajakan. Tunggu punya tunggu, raya pun dah seminggu berlalu..

Tahun ni cuma seminggu ja sempat beraya bersama en suamiku. tak pa la, dari tak dapat balik langsung kan :). Tahun ni giliran malam raya di rumah mertuaku. Sbb tahun lepas, di rumah aku. Ala rumah mertua ngan umah mak aku ni pun bknnya nak kna masuk highway, bayag 3,4 tol pun.. Dekat cehh ja hihihi.. Dlm 15 mnit ja (klu jln x sibuk la) dh bleh smpai.. Alhamdulillah.. Jadi aku ngan hubby kena la pandai2 bahagikan masa utk dua buah keluarga. Dibimbangi mendatangkan perasaan kecil hati pada kedua org tua kami.

Sebelum raya, si kecik pot pet mai umah. Biasa la anak mnakan sorang ja kan. So layan la
si kecik tu. Disebabkan kami ni dh dewasa (tua bangka dh pun), maka permainan bunga api hanya diberikan pada kanak2 sahaja.. Walau x dak lampu pelita minyak tanah, kami tetap meraikan kedatangan Syawal. Saksikanlah...











(Sebenagnya mama, acu ngan mak ngah dia pun sama naik ja main bunga api. Gambag ja x dak hahaha)

2 mlm sebelum raya, aku dh berkampung di umah mertua. Tahun ni buat rendang ngan ketupat di umah mertua :).. so, Terima kasih tak terhingga pada bonda mertuaku yang sudi memasak rendang ngan ketupat utk keluarga tok bisan dia... Aku cuma tumpang balut ketupat daun palas ja. Timaksaih jgk pada ayahnda mertua yg sibuk buat n bakaq lemang.. sodap woo lomang jagung pun ada ( Che nurul yg punya katanya huhu) Apa2 pun aku yg rasmi dulu lemang tu hihi jgn jeles no chaq..



Di pagi raya, bila mak abah ngan suamiku p smbhyang raya (aku x p pun sbb ehem.. ehem.. ) maka aku dan chaq a.k.a nurul bertungkus lumus ( laa sangat kan) mengemas umah dan menyediakan hidangan kat meja.. Sampai kan depa hat p smyang raya dh balik umah, aku yg tak mandi bersiap apa lg hahahaha (bajet rajin sgt la kan..) Setelah bersiap, hubbyku pun telah menyusun umah sapa kami berdua nak terkam dulu haha.. Afdal umah yg paling dekat la kan. Umah pak ndak kami yg terletak hanya beberapa kaki ja dari pintu dapug umah mak hihihi... selesai makan sebijik dua kuih raya, maka berangkatlah aku dan suamiku dengan 'kuda besinya' hihi.. memandangkan dalam kawasasn kampung ja, maka kami memilih utk merempit ja.. hihi (naik pelan ja sbb satg tercabut la selendang mak ni ) hihi..yg bestnya hubby bwak p umah jiran lama dia. tak salah aku mak chaq panggilannya.. haaa, depa punya siok dok mengumpat (bercerita kisah lucu) pasai hubbyku masa dia kecik2.. haha kantoi.. punya suka la mak cik2 tu bercerita.. Kiranya hubbyku itu mnjadi feberet jgk la pada mak cik2 sekalian itu haha...

Dah puas dengag sgala crita lucu tu, kami pun berangkat la ke umah mak cik2 yg berdekatan sewaktu dengannya.. hihi.. Last skali baru la balik ke kg tok di Sedim..  Berjumpa la ngan makcik2 lain yg mai menziarah tok.... hmmm, sebelum balik umah mak aku mlm tu , kami singgah last di umah mak wa.. dpt sebatang lg lemang hihi...

Setelah seharian beraya bersama kluarga sbelah hubby, maka raya ke 2, adalah hari utk menziarah kuaga sbelah aku plak.. mcm besa la umah pertama mesti umah mak jang aku di bukit minyak..tapi tahun ni sedey skit sbb pak jang dah pergi meninggalkan kami 2 bulan sbelum puasa (15 Mei).. rasa lain skit sbb slalu arwah pak jang la yg slalu akan layan kami bersembang tak berhenti.. Rindu pada arwah. Baik sgt pd kami skeluarga. Kami 4 bradik panggil arwah Ayah Jang.. sbb rasa mcm ayah sndri jgk. Smoga arwah tenang di sana. Mak jang pulak nmpak sedey, lemah ja. Ye la, beraya tanpa suami disisi. bayangkan dah hampir 40 tahun bersama. tiba2 tiada disisi.. aku tak mampu nak bayangkan.. Apa2 pun mujur anak2 tinggal kt sekeliling umah ja. Tak sunyi sgt la...

Selesai di bukit minyak, kami ke bukit tengah. Lepas bedak bihun sup, kami p bedal laksa plak di pematang pasir umah mak lang..

                                          (kt hentian sbelah sg dua. Otw ke sg Yan)
Lepas tu baru la kami berangkat ke Sg Yan umah tok wan aku (arwah dh).. Kami tidog sana sbb dh lama sgt aku x balik sana.. Best tdog kampung.. Esoknya raya ke3, dlm pkul 10.00 kami bertolak dr Sg. Yan untuk ke pendang.

                                       
 che nurul a.k.a chaq bersama bonda n ayahnda mertua telah menunggu kami di RNR Gurun. Chik n hubby pun turut ada sama. Maka berkonvoi lah kami 3 buah kreta menuju destinasi..




                                           (hat ni selingan ja.. jangan marah arrr)


                                         (sempat lg che nurulhuda posing dpan masjid Al-Huda)

Kami ke pendang (umah kawan lama abh), pastu ke umah sahabat aku ngn che nurul (Meen) ni sahabat kami masa sejak ngaji UiTM lg woo.. di Jitra. Selesai bedal kt sana, kami pi pntai johor plak.. hahaha.. johor tu.. (ala aloq staq ja pun) hihi.. kt sana kami bedal lagi mee kuah yg ada.. Hadoi.. Malam baru la smpai ke rumah..huhu ngantok, penat... kroihh..kroih..kroihh..zzzzzzzz.... 

Raya ke-4, aku dan hubby ke umah terbuka spupuku di Bkt Minyak.. selsesai hadap mee kari, kami terus ke Selama Perak. Umah mak tam aku. hat ni pun dh lama aku x p umah dia.. Magrib, kami bertolak balik umah mak aku.. Niat di hati nak amik baju balik tdog sg limau la.. walau bagaimanapun (cehh ayattt), spupu dan 2 org mak cik ku dlm perjalanan mai umah. Maka tersangkut la kami di rumah buat seketika.. Dlm pkul 10.30 kami pun berangkat la ke umah mertuaku.... Sesampainya di sana, kami menerima perkabaran yg anak menakan sedara pada biras ku telah meninggal dunia sbb lemas. Innalillah...

Esoknya, raya ke 5 aku n hubby ke Tawar, baling umah mak teh utk mengambil tempeyek buat bekalan hubbyku di perantauan nnti.. mmg bekalan wajib setiap kali raya utk dibawak pulang ke Dubai. Selesai ja ambik tempeyek, kami teruskan perjalanan hendak ke GHPP. Nak tgk pak su yg nak buat operation. Sempainya di seberang jaya (hadoi.. dah start jem dr atas flyover lg). Maka kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Jeti untuk menaiki feri (konon x jem la).. hampeh, sama ja.. huhu. memandangkan mertuaku memaklumkan bhwa mereka (di GHPP) dah nk bertolak balik mai, maka kami pun membatalkan lah hasrat kami untuk ke penang.. aku n hubby menuju ke Jusco sbb nak beli bekalan makanan untuk si dia bawk pulang.. Selesai semuanya, pulanglah kami...
huhu... sekejap ja masa ni berlalu. Esoknya, aku terpaksa melepaskan hubby ku balik..

Pagi raya ke-6, aku bangun mngemas beg2 hubbyku dengan rasa hibanya huhuhu... Siap berkemas, teringat plak 1 bnda lg x bli. Ikan bilisssss... ish..ish..ishh.. wajib bli. Maka kami berdua sempat berdating seketika sambil membeli ikan bilis di pekan pdg serai hihihi.. Walau sekejap, tp sgt bermakna setiap saat itu... huhu.. Tibalah waktunya berangkat ke Airport Penang. Aku dan che nurul menghantar beliau.



                                         (nak mengada dulu sblm berangkat ke KLIA)

ahhh, knapalah... hmmm, sabarlah wahai hati.. Sempat lagi kami lunch sebelum menghantar beliau ke pintu pelepasan.. huhu.. Nasib la kali ni hantar di Penang ja. Klu di KLIA, mau meraung aku sepanjang jalan dr KL smpai ke macang bubok sorang2..  Apa2 pun, walau tak lama kami beraya bersama, kenangan raya tahun kedua amat bermakna.. TQ sayang :) sbb balik  beraya