Pages

Monday 18 November 2013

GUMUKSSSS...

Errr aku gemuk  tembam btoi la semenjak 2, 3 menjak ni huhuhu.. Nampak sgt aku ni happy kan senang ati makan tahap melampau walau hubby dok jauh hihi.. ( x ada kena mengena dgn hubby aku ok). Dari dulu, asyik naik, turun, naik, naik, naik, turun, naik, naik, naik, turun.. See, naik lebih banyak dari turun kan?? Kalau turun pun, bukannya banyak pun takat sekilo dua ja.

Aku pun mcm org lain gak ada hasrat nak kuruih. Nak ramping cam Erra Fazira (ehh pasai pa plak erra aku pilih??) hihi. Nak jgk merasa pakai baju saiz S (klu pakai saiz M pun dh bersyukur sgt). Nak jgk la rasa selesa bergerak dan yakin bila berpakaian. Asal nak bli baju ja, aku mmg fed up. Sbb ada ja baju yg aku berkenan, tgk2, saiz dia, hanya sebelah badan ja bleh masuk hampeh toi. Kadang, boleh masuk pun dh macam sarung buah nangka kt kampung tu. Kalau yg bleh masuk elok kt badan, tang lengan plak smpai meri baju huhuh (meri tu baju ketat sgt smpai nak tertetas jahitan). Aku klu badan naik ja, mesti tang pipi, lengan, perut tu mmg ketara bangat. Hadoi.. Tu yg kdg aku pakai ja baju feberet aku (padahal baju lain susah nak beli atas sbb2 di atas la) smpai la nak mereput.

Kalau beli seluag pun sama. Asal berkenan ja, saiz semua yg mmg kompom aku x leh pakai. Kalau ada pun, mak aii jenih yg low cut plak. Aku x suka la pakai seluag bila pinggang seluag x dok kt pinggang hihi ( dok bawah pusat la). Ye la, mana nak sorok lomak lomaye aku ni hihi.. Maka utk sekian kalinya, aku pakai la seluag yg ada smpai megrekah. huhu..

Lama dh dok kata nak DIET, nak DIET, tapi tu la ( dok TAPI, TAPI). Ada ja alasan. Bila hari ni nak start diet ja, tgk2 balik kerja haihh mcm2 plak makanan lazat terhidang. So, aku pun berkata pada diri 'x pa, esok la start. Arini bedal dulu yg lazat2 nih'. Esoknya, tgk2 ada plak jamuan kt opis, aku berkata lagi pd diri ' makan la arini, bnyak sgt mknan yg mengiurkan hihi. Sok boleh start diet'. Haha, okey dh 2 kali tangguh. Masuk keesokannya lagi, balik ja keja, ada pulak sedara mai bwak makanan yg maha lazat. Hampa bleh teka kan aku akan berkata2 lagi pd diri ini .' Makan la, satg kecik ati pulak sedara aku ni klu aku x makan'. Konon la nak jaga hati org, padahal mmg aku nak baham pun makanan tu hahaha... So nampak dak apakah yg menyebabkan DIET aku tertunda2.

Tapi baru ni aku mendpat perkhabaran daripada adindaku (sapa lagi la che nurul la), bahawasanya beliau telah cuba megamalkan diet dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat. Beliau telah berjaya untuk tidak megambil nasi hampir 10 hari sudaaaaa.. Huhuhuhu... Owh tidak. Beliau telah menggantikan nasi dengan sup2, makanan bakar, buah-buahan2 dll. Huhuu.. Arakian aku mendengar sahaja perkabaran dari beliau, maka aku pun dengan tidak semena-mena berkobar2 utk sama2 berDIET. hahahaha.. Hampa percaya ka??? Hampa semua kena percaya lah. Aku pun berpakatlah ngan adik kesayanganku AIN, utk sama DIET sbb dia pun kalut nak diet. Kalau nak bnding, dia mmg jauh lebih kecik la dari aku.. Kami pun berpakatlah nak membeli makanan2 yg menyihatkan hahahah.. 

Di tambahkan dgn 1 insiden di kedai mamak pagi semalam semasa aku pi "patah cepat" .. Ish x paham ka?? breakfast la. Pekerja di kedai ini mendatangi aku utk mengambil order. Lantas aku mengoder teh o panas. Makan? Aku order Groti canai kosong. Hampa tau dia kata apa kt aku. Dia mengangkat tangan kanannya, lantas menunjukkan 3 jari. Hoiiiiiiii.. Perli aku ka apa ni. Time tu rasa cm nak sepuk ja muka dia ngan capati akak kt sebelah aku ni. Mengada toi nak perli aku. 1 cukup la weiii..

Huhh, rasa terhina diri ini (padan la ngan muka aku, makan bnyak lagi, smpai dh gemuk tembam) huhuhu... Maka aku telah mengambil kata putus untuk mengikut jejak langkah che nurul.. (Mana bleh dia ja nak kuruih).. Jeles mcm ni x pa na. Utk kebaikan diri sendiri jgk. Dan semalam jgk, semasa Skype ngan hubby, hubby pun ckap yg pipi gebu aku tu hihihi dh semakin berisi skit.. Eh..eh..eh.. bukan sikit tau, aku kata naik banyak la.. wuwuwuwuwu...... Adoi la. Apa nak jadi pd diri ku ini..


Ok, so aku rasa ni la masanya aku nak mulakan DIET ala2 aku la. hihi.. Aku dh x minum ayag2 gas, ayag2 tin ni sejak bulan 5 aritu. (tapi aku dulu bukan la fanatik ayag2 ni semua. Tak selalu minum pun).. Motif??? Sbb aku tak nak kisah lama berulang kembali (Entri aku yg lepas ttg TTC-Zuriat). Lagi pun mmg x elok utk badan kan. Air manis pun cuba dh dikurangkan. Order air tea o kurang manis ja selalu (langkah2 permulaan la). Cuba minum ayag masak dlm kuantiti yg banyak. (ohh tidak, aku x suka ayag masak huhuhu).. Aku nak cuba makan yg berasaskan sup time mkn mlm. Ala, kan ada mcm2 sup. Buat la sup lain2 utk setiap hari. Sup sayur, sup ayam, sup daging, sup udang+sotong, sup telur, sup ikan, sup campur, tom yam. Haaa kan banyak jenis tu.

Aku baru nak mula la. So, doakan aku ye (hihihi mengada, sendiri la kena kawai makan kan).. Che Nurul, give me more tips ok :) 

No comments:

Post a Comment