Pages

Thursday 7 November 2013

SUMBANGAN PADA YANG MEMERLUKAN

Assalamualaikum dear,

Pada 24 Oktober 2013 hari rabu yg lalu, aku mengambil peluang utk join dengan Biro Kebajikan PTGPP yang menganjurkan satu aktiviti kebajikan bersama2 dengan sukarelwan UiTM P.Pinang (Permatang Pauh). Tujuan aku nak cerita pengalaman kami pada hari tersebut adalah untuk dikongsi bersama. Mana tau ianya dapat memberi idea pada mana2 individu atau organisasi yg nak buat aktiviti kebajikan yg mcm ni ataupun untuk memberi kesedaran pada kita semua yg kadang2 mungkin terleka dengan diri dan keluarga sahaja.

Ni masa  pagi2 berkumpul di perkarangan Pusat Islam UiTM Permatang Pauh, P.Pinang. Semua barang2 sumbangan di buka dan dibahagikan pada 5 bahagian (utk 5 keluarga yg kami nak bagi sumbangan hari ni). Barang2 yg dikelaskan utk setiap keluarga adalah berlainan (korang nmpak kan ada yg terlebih brg, ada yg ada brg lain-lain). Sebabnya, pihak Sukarelawan UiTM dh buat survey pada kelima2 keluarga ni. Tanya dan tgk apa keperluan/ barang yg benar2 diperlukan. Contohnya mcm pampers utk org dewasa. Hanya utk 1 keluarga ja kami bagi sbbnya ada kakak yg tidak upaya utk urus diri dan perlu pakai pampers.

Mesti hampa sedarkan sekeliling kita ni bukan semua org idup senang (kaya, banyak harta, bernasib baik, sihat dll.). Bila kita terlalu memikirkan 'kesusahan' yg kita alami smpai kita terlupa yg sebenagnya ada org lain yg lebih 'susah' dari kita. Ada org lain yg lebih sengsara idupnya, masalah nak cari duit utk makan minum, nak bayag dan beli ubatan, beli keperluan diri (bagi yg pakai pampers/susu/makanan khas/peralatan sokongan idup dll)..

Pernah tak kita rasa mcm mana susahnya nak beli beras walau segenggam?
Pernah tak kita rasa sukarnya nak beli ubat wlwpun hanyalah panadol?
Pernah tak kita rasa seksanya idup tepaksa guna kerusi roda, pakai pampers (x upaya nak urus diri)?
Pernah kita merasa idup seorang diri dalam rumah yg usang dan serba kekurangan?
Ni baru sikit saja yg kita mungkin x pernah rasa.. Tapi org lain dah melaluinya...
Supaya kita sama2 boleh selami perasaan dan kesusahan org2 seperti ini, maka wujudnya aktiviti "Menyemai kasih, Mengeratkan Silaturahim ini".


Berbalik pada aktiviti kebajikan ni, kami dh buat kutipan amal (wang ringgit/ sumbangan makanan) dalam jabatan kami sendiri. Hasil yg diterima membolehkan kami membantu 5 buah keluarga yg terpilih. (5 buah keluarga ni adalah hasil maklumat daripada jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan). Keluarga2 ni semuanya terletak di daerah Seberang Perai Tengah. Jom kita tgk dan rasai kesusahan yg di alami oleh Mak cik Embun.

Umah makcik Embun ni terletak di Kg. Kijang. Rumahnya yg kecil ini berdindingkan simen, papan dan zink ini hanya didiami oleh Mk cik Embun seorang diri. Bayangkan ibu tua ini pd usia 80-an tinggal seorang diri dlm rumah yg serba daif. Semasa kami smpai, Mak cik Embun baru nak mandi, tp kedatangan kami tetap disambut dengan senyuman. (terbantut mak cik embun nak mandi ;) .. Aku masuk ke dalam teratak itu. Hanya ada bangku kayu panjang untuk berehat di didapur yg berdindingkan zink. Melangkah 2,3 tapak lagi aku lihat ada rangka katil kayu yg berlapik playwood dan sebuah bantal leper tanpa ada alas tidur (tilam/toto). Jadi mak cik embun tidoq atas playwood tu saja?? Aku terbayangkan mak aku yg uzur di rumah. Kalau la mak aku ditempat mak cik embun, aku tak sanggup biarkan mcm tu. Sbb tu, kami berpakat untuk membelikan tilam bujang pada masa tu jgk (sebelum ni masa adik2 sukarelawan tu pi survey, makcik ni mmg x stuju dan x mau tilam, tp rupanya dia takut kami bg tilam besag. Dia nak yg kecik ja :)) Betapa cerianya muka mck. embun bila tilam bujang tu dibawa masuk.. :)  Kami tgk ada radio kecil disisi mck. embun. Tpi tanpa suara. Rupanya kehabisan batri. Ksian.. Dh la tinggai sorang, radio plak x dak bateri. Maka sekali lg adik2 sukarelawan UiTM ni p kdai bli batri.. Dapat ja batri, terus berkumandang lagu di rumah usang mck. Embun. Kami rasa happy seketika bila tgk senyuman diwajah tuanya. Mmg banyak kekurangan disini.. (aku rasa makcik embun ni perlukan selimut bersih, kain batik, peralatan pinggan mangkuk baru yg basic).. 


Seterusnya kami ke rumah flat di Mak Mandin. Kakak ni ada masalah slip disc yg mengakibatkan dia tidak dapat bergerak seperti kita. Adik2 akak ni la yg menguruskan dirinya. Jadi sumbangan pampers amat2 diperlukan oleh kakak ini selain brg2 makanan. Kami cuba mendapatkan maklumat berkenaan permohonan Pencen Ilat akak ni sbb masih tidak dapat diselesaikan.

Next, kami ke Taman Pauh, Permatang Pauh. Rumah ke-3. Umah kak Sofiah. Ehh, rupanya satu blok ngan umah maksu aku :). Naik je ke rumah kak Sofiah di tingkat 1, ehh skali lg aku terkejut. La, rupanya adik aku Ain (rajin2 tengoklah blog adik aku ni aininalovelyshops.blogspot.com.) pnah menyewa sebelah umah akak ni.. Kcik ja donia ni kan.. Patut mcm familiar ja hihi.. Sapa2 yg masuk umah akak Sofiah ni mesti terdetik " Cantik dan kemas umah. Lengkap semua brg. Perlu ka bg sumbangan ni?" Ha, itu la yg aku rasa mas masuk umah ni. Tp sebenagnya, kita tak bleh "Judge the book by its cover" Ha.. hamik kau.. Akak ni ada anak kurang upaya. Satu2nya anak yg dia ada. Anak tunggal. Sebelum ni akak ni menjaga suami yg sakit jgk, tp dh meninggal akibat penyakit kencing manis. Akak ni jgk kena jga mak yg sakit. Ha bayangkan, akak ni tabah sgt. Dia kena jga arwah suami yg sakit terlantar, anak yg kurang upaya dan mak yg sakit dalam 1 masa. Agak2 korang mcm mana? Dari mana kekuatan akak ni dpt. Sedih bila akak ni crita anak dia yg istimewa ni jadi mcm ni sbb oksigen x smpai ke otak. Masa lahir, doktor kata anak ni ada masalah dan dh dikatakan tidak bernyawa lagi. Tapi akak ni redha sgt. Sambil pangku bayi "yg tak bernyawa" tu, akak ni tak putus2 ucap kalimah "La ila ha illAllah" pada telinga anaknya. Dengan kuasa Allah, tiba2 anak tu tersedar. SubhanaAllah.. Kuasa Allah. Kun fayakun. Alhamdulillah, anak tu terus bernafas sehingga ke hari ni. Tapi disebabkan oksigen tidak smpai pd otak pada ketika tu, maka terdapat komplikasi. Bayngkan anak tu setiap hari ke skolah khas. Mcm mana nak angkat anak dan kerusi roda setiap hari naik turun tangga dengan kudrat seorang wanita?? Tabah akak ni. Sapa yg x terpah rasa pengalaman menjaga org sakit, cubala hayati kesusahan yg terpaksa dilalui ini.


Kemudian kami terus bergerak ke rumah ke-4. Rumah pakcik Osman. Tinggal berdua bersama isteri. Pada masa kami smpai ke rumahnya, ternampak seorang pakcik duduk seorang diri di hadapan sembuah rumah yg ditinggalkan sambil memandang jauh ke jalan. Rupanya itulah pakcik Osman. Pak cik Osman ni x brapa sihat. Tapi digagahkan dirinya utk bersembang2 dan melayan kami. Percakapannya kadang2 kurang difahami. Tetapi setiap kali pakcik Osman bercakap, dia seakan2 hendak menangis. Mungkin sgt gembira dengan kedatangan kami beramai2. Rupanya seorang daripada ahli kami mengenali pakcik ni sbb dulu masa kecik2 dia pun tinggal berhampiran ja. Kan dh kata kecik ja donia ni.. 

Dan yg terakhir (utk kali ni la). Kami ke rumah pak cik halal ke Hilal..hihi lupa plak.. Rumah pakcik osman dan pakcik hilal ni terletak bersebelahan highway BKE (Butterworth Kulim Expressway). So, aku tak sangka plak aku akan jejak kaki ke rumah yg terletak btoi2 bersebelahan highway ni. Sbb tiap hari aku lalu kt situ ulang alik p keja..huhu.. Pakcik ni tinggal berdua jgk dengan isterinya smbil ditemani beberapa ekor kucing yg dibela dan mungkin jgk kucing jiran. Utk rumah terakhir ni, kami dh sepakat megadakan gotong royong membersihkan rumah pakcik ni.. Rasa lega sbb dpt bersihkan rumah ni sbbnya, aku rasa kudrat tua makcik ni tak mampu nak membersihkan rumah tu dgn keadaan suami yg sakit. 

     
Jam pun hampir pkul 5 ptg. Kami pun selesai dengan aktiviti pada kali ini. Disebabkan kami hanya makan nasi lemak ja pgi td tanpa makan tengahri, maka kami pun serbu lah ke Pauh Garden untuk menyantap hihi..
Wajah2 kepenatan dalam kepuasan. Puas sbb dpt membantu untuk meringankan sedikit bebanan keluarga2 tu walaupun tidak lah bnyak yg dpt kami berikan. Kt sini, aku nak berkongsi skit tip2 atau pun panduan yg uols boleh gunakan kalau berkeinginan utk buat aktiviti mcm ni.  Antaranya:

1)  Tubuhkan kelab atau kumpulan (kecik pun boleh. Tapi kalau ramai lagi bagusssss)

2) Boleh dapatkan maklumat mengenai keluarga2 yg memrlukan bantuan ni daripada Jabatan Kebajikan dan Jabatan Kesihatan yg berdekatan.

3) Buat lawatan dahulu ke rumah2 tersebut sbbnya uols kena tgk apa yg keluarga tu perlukan. Pi melawat dlm 2-3 org ke dulu (jgn reramai plak). Kita tak nak nnti kita bg brg yg dorang tak perlukan. Dan barag2 yg dorang amat2 perlukan tak dapat. (Ni la MISI utama kita). Selain tu, korang boleh jgk kenalpasti jalan masuk dan keadaan persekitaran umah tu. Nnti korang bleh bajet, brapa kereta ja yg bleh smpai terus ke rumah tu utk mudahkan korang angkut barang2 sumbangan tu.

4) Dh dapat malumat, buat la kutipan amal. Tak perlu besar2 pun. Cukup kutip di organisasi kita pun dh ok.

5) Senarai kan barang2 yg nak dibeli mengikut keperluan yg kita dh survey di perkara 3 tadi.

6) Susun barang2 mengikut keperluan setiap keluarga (lain2 brg yg dorang perlukan). Macm kami, ada lima keluarga jd ada lima longgok brg yg telah dikelaskan. 1 kereta akan bawak brg2 utk 1 keluarga. Sbbnya, rumah2 yg kita pi ni besar kemungkinan terletak di kasawan pedalaman. Hanya sebuah kereta ja yg mungkin boleh masuk. So, kereta yg bwak brg utk keluarga tu ja yg kita bg masuk smpai ke rumah ( ni la pentingnya survey td tu).

7) Rancang pergerakan korang supaya tak la kelam kabut. Kenalpasti jalan dan kawasan yg nak p tu sbbnya korang mungkin bergerak dlm kumpulan yg ramai. Konvoi.

8) Lantiklah ketua dan beberapa 'ajk' utk membantu dan memantau perjalanan korang supaya x ada yg tersesat nnti :)

9) Kalau kumpulan korang melibatkan jumlah yg ramai ( konvoi kereta yg berbelas2 kereta ka), kena lantik marshall (yg ni aku x brapa tau sgt.. maaf ye). Marshall ni adalah utk menjadi 'kepala' korang dlm perjalanan dan menjamin kelancaran lalulintas untuk pergerakan uols nanti..

10) Pastikan korang bersedia utk membantu keluarga2 ni kalau2 la pada masa korang pi umah mereka ni, mereka memerlukan bantuan. (Cth, tolong baiki brg ka, bli brg emergency ka mcm yg kami buat (beli tilam n bateri).

11) Last skali, klu la korang pegi membersihakn rumah keluarga2 yg memerlukan ni pastikan korang dapatkan izin dahulu dari tuan rumah. Kemudian, jgn la ubah / alih barang2 dalam rumah tu tanpa pengetahuan. Jgn ubah kedudukan barang2 ikut kehendak kita na. Tanya la tuan rumah dulu. Bukan apa, kita kan dh selesa dgn keadaan dan kedudukan brg2 dlm umah kita. Kdg tu sbb bg yg sakit, depa nak brg2 tu semua berada dekat dgn tmpt tidur. So, untuk mengelakkan perasaan kurang senang tuan rumah, kita tnya dulu ye :).


Itulah serba sedikit info atau panduan yg mungkin dapat membantu uols yg berminat nak buat aktiviti amal kebajikan mcm ni. Luang-luangkanlah masa berharga anda tu walau sedikit utk keluarga/org di luar sana yg mungkin memerlukan bantuan dan kasih sayang anda semua.. Bantulah mereka yg memerlukan. Aktiviti ni dapat memberi kesedaran pada diri kita dan menginsafkan kita di samping mengingatkan kita pada Yang Maha Esa... Wasalam..... 














  


















  

No comments:

Post a Comment