Pages

Monday 18 November 2013

INSAN YANG MEMERLUKAN - NGO Wargakilang

Assalamualaikum,

Haaa, ingat lagi tak pada entri 'Sumbangan Pada Yang Memerlukan"? Hahh, hampa x baca lagi?? Pi baca dulu. hihihi.. Saja ja nak share ngan hampa. Aku ada baca 1 blog ni yg aku dpt tau dari sahabat kt opis aku ni. (sahabatku Norliana. Dia ngan hubby dia sama2 buat kerja amal). So, aku pun buka la blog ni. (Nanti sat, satgi aku bgtau nama blog tu.) Blog ni mengisahkan tentang kerja-kerja amal yang diusahakan oleh kumpulan NGO. Hampa jgn salah faham na. Tujuan cerita kerja-kerja amal ni diceritakan adalah bertujuan untuk 'membuka' minda dan hati kita tentang wujudnya insan2 yang masih lagi tinggal dan melalui kehidupan bak zaman silam. Mcm dalam filem2 P. Ramlee tu.

Hidup dalam kedaifan. Bergelut dari siang ke malam setiap hari hanya untuk sesuap nasi ke mulut isteri dan anak2. Berteduh di 'rumah' yang usang, tak ada kemudahan asas yg sempurna.Kalau kita tgk dari kejauhan, nmpak mcm pondok tinggal, tapi itulah Syurga bg pemiliknya. Tempah berlindung dari hujan panas. Perasan tak bila kita melalui highway dari utara ke selatan atau dari selatan ke utara, timur ke utara dll,  ataupun kita melalui jalan-jalan kampung kita nampak permandangan hijau, bukit bukau. Tapi tahukah kita yg jauh di dalam hutan2 tu, jauh di kaki bukit tu ada insan2 yg tinggal kt situ. Kita tak kan pernah terbayang kan mcm mana rupanya kehidupan depa yg jauh di pedalaman tu.

*Gambar-gambar ini adalah daripada blog tersebut.

                                            (Yang berbaju oren tu la NGO yg dlm blog tu)

Ni la antara rumah2 yg didiamai oleh saudara2 kita yg x bernasib baik mcm kita.
                                                            Bantulah saudara2 kita ni


Tengoklah persekitaran utk anak2 ni. Berikanlah sedikit rezki anda pada mereka untuk sama dirasai.


Tujuan aku bgtau ni, sbb aku dh baca blog ini. Yang mana mmg buat aku bergenang ayag mata dan tumpah akhirnya bila tgk gambar2 kedaifan insan2 ini, tgk anak2 yg x merasa nikmat pakai cantik2, bergelumang dgn mainan, makanan yg lazat2, pakain sekolah sentiasa baru. Melihat ibu2 tunggal yg terpaksa bekerja keras untuk bagi anak2 makan, skolah dgn hanya menoreh getah, buat kerja kampung.Melihat makcik pakcik yg uzur, ada yg tinggal sorang2 kt rumah yg layak di gunakan sebagai stor ja. Tapi itulah realitinya.

Aku mintak, pada sapa2 yg baca blog ni, kalau terbuka hati, war-warkan lah pada rakan2 anda utk turut sama baca blog ni. SEBAB UTAMA kenapa kita kena baca blog ni adalah sebab kita ni INSAN yg sama mcm depa tu semua. Blog ni membantu @ membuka jalan pada anda2 yg berbesar hati nak bantu, buat amal jariah pada saudara2 kita yg x bernasib baik ni. Mungkin ada yg nak bantu, nak bg sumbangan, boleh contact org yg incharge dlm blog ni. Dan pada sapa2 yg nak join aktiviti amal ni, boleh contact terus dgn depa.

Jom la kita sama2 baca blog ni supaya kita dapat menyalurkan maklumat pada sesiapa yg berkemampuan utk membantu anak2 ini, saudara2 kita ni untuk sama2 merasa nikmat kehidupan mcm mana kita rasai. Aku percaya dalam setiap rezeki yg kita ada ni, yg kita nikmakti ni, ada kat dalam tu hak milik saudara kita yg susah kt luar sana.


Di FACEBOOK pun boleh tgk. Search -  warga kilang

No comments:

Post a Comment