Pages

Monday 16 September 2013

HASIL CUKAI TANAH

Apa la hasil cukai tanah tu?? Mesti ada yg tertanya2 @ hampa semua dh tau kan especially yg dah ada rumah sendiri. Knapa la aku nak buat entry pasai HASIL CUKAI TANAH ni..... Sebabbbbbb aku la ni bekerja di Unit HASIL. Ok, tau kan aku kerja kt Pejabat Tanah dan Galian.. (klu x tau, buat2 tau ja na)...

HASIL CUKAI TANAH ni penting ok sbb ini merupakan pendapatan kerajaan negeri. (Paham dak?) ok, mcm ni, bagi setiap negeri, mestilah nak kna ada 'pendapatan' kan. So salah satunya adalah dari kutipan hasil cukai tanah. HASIL CUKAI TANAH ni berbeza tau ngan HASIL CUKAI PINTU atau dikenali sebagai CUKAI TAKSIRAN...

CUKAI TANAH - oleh Pejabat Tanah
CUKAI PINTU @ CUKAI TAKSIRAN - oleh Pihak Berkuasa Tempatan

Haa, paham dh?? Baguih2.. Pandai pun uols. Jom kita explore apa tu CUKAI TANAH. Cukai tanah ni dikenakan kepada semua pemilik2 tanah berdaftar. Maknanya, semua org yg ada rumah, MESTI akan dikenakan 2 jenis cukai. Sbb apa 2? Pertama, cukai taksiran @ cukai pintu adalah untuk rumah hampa la. Yang keduanya, dah tentu2 rumah hampa dibina ataih tanah kan. So, kena la Cukai tanah. Bagi rumah2 pangsapuri, umah flat, kondo, apartment (senang kata umah bertingkat) pun dikenakan cukai tanah yang dipanggil CUKAI PETAK. Cumanya pada masa kini, di Pulau Pinang, cukai tanah di selesaikan oleh tuan tanah (pemaju @ pengurusan bersama). Bayaran2 cukai tanah tu mgkin depa dh kenakan dalam bayaran2 lain yg dikutip pd pemilik rumah berbilang tingkat. Cukai petak masih belum dikuatkuasakan ye. Maksudnya, tuan-tuan punya rumah bagi rumah bertingkat belum dikeluarkan bil cukai petak secara individu. Untuk pengetahuan uols, rumah bertingkat di panggil STRATA..

Bayaran CUKAI TANAH ni penting tau. Sbb ada dalam undang2 AKTA KANUN TANAH NEGARA 1965. Kalau tak bayag, tunggakan akan meningkat. Bila dah tertunggak lama, notis 6A akan diberikan. Klu x bayag jgk, tanah boleh dirampas okk... Mcm tu jgk cukai pintu. Rumah anda boleh disita okk.. Pembayaran CUKAI TANAH ni WAJIB dibayar sebelum @ pada 31 MEI setiap tahun. Klu bleh, bayag la awai2 tahun tu. Bukan apa, slalu bila dekat 31 Mei ja, huhhh kaunter pejabat tanah mcm dok buag MEGASALE wooo.. Penuh org kalut nak bayag cukai.. Bila kaunter lambat skit, mula la hampa nak hangin kan. 

Klu hampa lambat bayag (lebih dari 31 Mei) atau hampa x bayag sampai melangkau bertahun2, hampa akan dikenakan DENDA LEWAT. Denda lewat ni dikira atas kadar 10% daripada jumlah cukai tahun semasa + tunggakan denda + (tunggakan denda lewat bagi tahun2 sebelumnya jika ada). Haaa... klu hat takat 40 hengget tu, bayag la. 40 hengget setahun ja pun. klu hampa bahagi bulan, baru RM3.333 ja. Sbulan simpan la siap2 RM3.3333 tu. Hat tu pun x kan la hampa x mampu. Sedangkan hampa bleh ja bli KFC, MCD, pizza hut bagai yg harga dia jauh lebih mahai dr tu..

Aku just nak share ngan hampa, banyak tuan tanah culas (cehh ayat), nak bayag cukai tanah. Ada yg bagi alasan :

1) Bil tak sampai kat depa.. ALASAN PALING FEMES.. (errrr klu hampa x update alamat kat pejabat tanah, cmna nak smpai)

2) Cukai tinggi (klu hat ribu2 hengget tu mmg la tinggi sbb dh tanah hampa kt bandar, pastu kategori industri, perniagaan)..

3) Kurang berkemapuan (masalah kewangan).. Hmm hat ni pyah nak ckap, sbb apa yg jd milik kita, 'mesti la ada bayarannya kan'

Bab nak bayag ni, hampa bleh bayag kat mana pejabat tanah daerah (dalam Pulau Pinag saja na). Jangan dok p bayag kat pejabat tanah Kulim, pastu dok marah kata sistem tak mesra alam bagai. Untuk makluman hampa smua, segala hal berkaitan tanah adalah dibawah tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing. So, bayag la kat mana2 kaunter pejabat tanah daerah dalam Pulau Pinang ni. Klu nak lagi senang, bayag ja online. Kan la ni smuanya online. hatta utk bershopping pun dh bleh melalui online kan..

Selain tu, tuan/puan semua bleh jgk update maklumat berkenaan bil cukai tanah melalui PTGbil.
Permohonan Pengemaskinian Maklumat Cukai Tanah Online
Kini anda boleh membuat permohonan secara online untuk mengemaskini maklumat cukai tanah anda seperti nombor kad pengenalan, nama, alamat surat-menyurat, alamat tetap, nombor telefon bimbit dan email.

NI addressnya : http://ptg.penang.gov.my/ptgbil/laman_utama.php
So, diharapkan sedikit maklumat ini membantu anda semua memahami serba sdikit la pasai CUKAI TANAH...


MEMBAYAR BIL CUKAI TANAH ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA











5 comments:

  1. duit hasil kutipan cukai tu ....digunakan untuk apa...sekadar bertanya

    ReplyDelete
  2. ya .. untuk apa? kalau cukai pintu ada aktiviti yg kita nampak spt. kutip sampah, potong rumput dll...

    ReplyDelete
  3. BG rumah apartment MCM mana Cara nak dptkn bil cukai Petak ni

    ReplyDelete