Pages

Tuesday 20 August 2013

PANDUAN PEMANDUAN BERHEMAH 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Hari ni tetiba ja rasa nak bg sedikit panduan dan berkongsi pengalaman dalam pemanduan kereta (motosikal kna tanya org lain na sbb aku x greti bwak moto hihi).. Bukan apa, baru2 ni Lissa aku telah dihentam oleh sebuah kenderaan pacuan 4 roda yg berjenama Wira.. huhu.. so, aku terdetik la nak share pengalaman dlm memandu kereta (mcm la lama sgt dh bwak kreta kan.. baru 8 tahun ja).. Tapi ini sekadar peringatan untuk diri sendiri dan tuan/puan/adik/kakak/abang smua mungkin bleh sama2 follow ye. Lagipun ni bukan la bnda baru. Masa amik ujian kereta dulu pun depa dh ajag..

Peringatan semasa memandu:

1) Jarak antara kenderaan
    - Pastikan jaraj kereta anda dengan kereta di hadapan adalah sejauh sebuah kereta dihadapan (anggap la mcm ada kereta sebijik lagi kt depan tu na). Bukan apa, klu kreta depan emergency break, dan la kita pun nak break sebelum menghentam depa..

2) Lampu signal
   - Pastikan anda nyalakan lampu signal sekurang2nya 100meter sebelum smpai simpang anda nak belok tu. Dalam masa yg sama, perlahankn kenderaan anda ye. Jgn plak dok kona baring kt simpang tu. Bila dh nyalakan lampu signal, jgn plak lupa tutup signal ye. Kang org yg dok tunggu nak keluar simpang dok la tunggu hampa lalu terus sbb hampa x bg signal, grupa2nya hampa nak belok masuk simpang... ni la mkn dia


3) Beri laluan
   - Bila kita melalui jalan yg bertembung dgn susur keluar, kita yg dari susur masuk dan yg memandu di laluan terus tu kna la sama2 hati. Mmg la sapa yg memandu di laluan terus tu x perlu bagi laluan, tp kdg2 org yg dari susur masuk tu ada yg tak greti bahasa. Dia memandu menonong ja truih masuk lane kita dengan lajunya. Jadi bgi menyelamatkan diri kita ni, kita pastikan setiap kali lalu kt susur masuk tu, kita perlahan kan sedikit kereta kita. Untuk keselamatan masing2 jgk.. Lihat gambarajah (kreta biru patutnya perlahan dan bg lalauan pada kereta pink ok....)


 
4) Memandu di lorong yang betul
   - Peringatan ye.. Lorong paling kanan adalah lorong LAJU. klu agak2 nak bercinta ka, nak bwak keta sambil mkn cokodok ka, atau bwak muatan berat ka tolong la memandu di lorong kiri..
 
5) Memotong barisan
   - kalau nak memotong, tolong la potong di laluan yg lurus ye kawan2. Jgn la dok buat teror potong tang kona. Potong masa dok naik bukit. Potong tang selekoh tajam. Potong melalui laluan berumput..Kita x nmpak kreta ka moto  ka, beskal ka, siput tuttt ka kt dpan sana. Jadi merbahaya kepada kedua2 pihak ye.
 
 
ok, hari ni ckupla pembelajran kita ye.. Next time kita tgk hat lain pulak..
  

No comments:

Post a Comment