Pages

Wednesday 23 January 2013

Ragam manusia

Assalamualaikum..

Nak ceta skit la pasai ragam manusia ni sbb hari2 perjalanan balik dr tmpt keja (keja kt KOMTAR ye) berulang-alik jambatan Pulau Pinang ke Macang bubok (bukit mertajam).. hari2 time balik mau dkt 1jam 45mint kot baru smpai umah..huhu mcm nak p Ipoh plak lamanya tu kann.. Bila memandu ni, ha mcm2 la yg tjadi, tnampak, terkena dll.. Hari2 ada ja yg kna sumpahan, panahan, leteran aku hahaha... Mana taknya, pemandu2 kreta la especially, bwak kreta mcm dia sorang ja ada kreta. Antara acara yg buat "panas" hati:

1) Memotong barisan
    Haaa, ni slalu sgt berlaku di beberapa lokasi yg aku rasa tak sesuai la nak motong2 ni.  
    1st skali - kt atas jambatan apabila waktu sesak. kreta, moto, lori bnyak. Dah buat 3
   lane pun dok sesak jgk. hadoi. Ni yg terjadi especially time balik keja. Bila lane paling
   laju tetiba ja stop, immediately pemandu yg kononya "cerdik" ni pun kalut la kuar
   barisan nak memotong sedangkan org yg berada di lane tengah tu tengah dok laju kot. Mengkala bagi signal ja, depa truih masuk lane org. ingat kreta kita ni bleh lompat atau
  mngelak sesuka hati ja sbb dia. Kalau dah nk cepat sgt, jgn nek keta. P la nek bot. Atas
  ayag tu tak jem langsung. Bleh tgk pemandu yg "cerdik" tu dok memotong kejap masuk
  lane kanan, kejap kiri, kejap kanan, kjap kiri. Last2 aku dpt gak potong dia wlwpun aku
  tak yah kalut nak potong sana sini..

  2nd - kat jalan yg berbengkang bengkok..Aku lalu Bukit Lengkok tiap2 hari (mmg berlengkok pun jalan dia). Tak kira la waktu p keja @ balik keja, mesti ada aksi "bengkang" yg aku tgk dan lalui. Tetiba ja ada kreta yg memotong time corner, kat selekoh. Gila ka apa. Kalau time tu tak dk kreta ka lori lalu takpa la kan. Ni time lori lalu, kreta lau, time tu la "si bengkang" ni memotong. Aku pun nyaris ja nk jd katak sbb lpas corner ja, aku tgk ada kreta n LORI tanah dok menghala ke arah aku di laluan aku..kussss smangat aku. nasib la jarak tak dkt sgt. Si LORI yg lembab nak memotong LORI yg lembab. tak pasal2 aku yg jd kek lembab kat situ..

2) Bagi laluan
    Kadang aku pelik ngan stngah manusia ni. Bila depa nak masuk atau potong lane org, depa main redah ja. Siap dok cucuk kreta sebelah, himpit keta sbelah smata2 dia nak masuk jugak lane tu. Konon mengharapkan belas ehsan la. Tp, tetiba bila ada pemandu lain plak himpit depa, bg signal nak masuk dpan depa, huhh, dia pulun dok kawai tak bg org masuk. Pelik kan depa ni. Time depa, smua nak boleh, tp time org  lain lgsung tak bg chance. Siap bleh dok marah org lg (tak sedag diri yg dia pun sama mcm tu gak) Baru dia tau langit tinggi rendah bila org buat balik kt dia.

3)Tak bagi signal
    Ni satu lg yg bikin panass.. Bleh dak para pemandu sekalian bg signal dulu sblm nak memotong atau masuk simpang. yg slalu dok terkena bila tengah dok memandu di jalan yg ada 2, 3 lane, tetiba ja ada kreta dok himpit @ tgk kreta kt depan tu dok bwak kreta dok tngah2 lane??? apa kahhhhh..... kot ya nak tukar lane, bg la signal dulu, at least tak la tegezut dan kreta pun tak la break mengejut disebabkan anda yg sengal ni. satu lg bila nak masuk simpang, kdg tu bila dh smpai simpng baru bg signal. apa nihhh.. atau pun kdg, tak bg signal lgsung, smpai ja kt simpang tetiba ja break. Jgn la selfish.. org yg dibelakng anda ni, makan nasi tak kenyang tau dk klu terlanggang hampa, atau pun org len plak p tibai blakang depa.. Bagi la signal jauh skit sblm simpang nak masuk tu. Kalu tak tau guna signal @ rasa tak mau guna dh signal hat ada kt tepi kreta tu bak mai sini nak kasi pecah ka, cabut ka.. Bertambah sengal bila kita dok kt simpang, jalan sibuk@ kurang sibuk, nmpak kreta dari arah kanan dok mai, kita pun brenti la tggu ingat dia nak lalu, alih2 dia terus kona masuk simpang . sedangkan kita dok tercegat berenti tggu dia lalu. hadoi, bg la signal, at least aku tak yah la tecegat kt situ.

4) Yg rajin bagi signal
     Yg ni plak, "rajin" sungguh la bg signal. bukan rajin apa pun, tp bila dh bg signal, tak greti2 nak tutup signal. Bila dah masuk@ keluar simpang , bleh dak tutp signal tu so org sekeliling tak kompius. Bahaya.. byangkan anda dok kat simpang nak keluar, tp nmpak kereta dr arah kanan ada bg signal nak masuk kanan (andaian anda sbb nmpak signal kan). anda pun keluar simpang, tp tup2 gedegang.. bedebuk.. grupanya kreta tu nak p teruih, tp sbb signal dia tak greti nak tutup, org dh salah jangka..

5) Tak sabag
    Hat ni ditujukan khas buat pemandu yg "tak sabag" (mgkin sbb dia sakit prut ka, dh cirit ka, anak kucing tak bg mkn lg ka bla..bla..bla..). Bila lalu kt kwasan/jalan yg merbahaya (bengkang bengkok, selekoh, berbukit) mesti la kelajuan dikurangkan.. nama pun BAHAYA. tp mgkin setengah pemandu ni tak bahaya kot bg depa. Depa bleh dok "cucuk" kita, dok bg highbeam. Kadang tu bila kt highway, kita sedang memotong kereta kt depan. lpas potong kita tau la kita ni pun bwak kreta 1000cc ja, jd of coz la lpas potong, kita masuk blik lane kiri. ni tidak, baru ja dok potong kreta yg jauh lg kot jaraknya, siap dok bg highbeam. apa nak suruh kereta ni bukak sayap terbng bg dia lalu dulu ka?? sabag bleh dak? org lain pun bayag ja cukai jalan. bkn hg sorang.. depa ni tak ingat, sikap depa ni mungkin tak bahaya pd depa, tp berbahaya pd org lain..

6) Hegeh-hegeh
    Yg ni, klu bwak slow sbb kreta dia rosak ka, pakcik2 makcik2 yg veteren sgt ka memandu kira bleh maaf lg la kan. Ni yg dok bwak bukan main lg kreta hebat2, pemandu dia rupanya dok bercinta plak dlm keta. Hellooo... hg tau dk jln jem sbb hg. nak bercinta, p la tmn bunga.  ada plak tu hegeh2 sbb dok cakap tepon (huhu hat ni aku surrender, tak mo buat lg.. kenangan pahit kottt. spt surat "cinta" tau dak.. terbang RM300) . Depa bleh dok bcakap tepon, bwak slow, kdg tu kreta kekiri kekanan tak tentu hala. P la brenti tepi dulu bro..

7) Buang sampah
    Sedapnya depa mkn2 dlm keta pastu bukak tingkap piunggg baling sampah luag kreta. Amboi ingat majlis perbandaran tu nak tolong kutip kt hampa ka sampah2 tu. Nak kreta hampa bersih tanpa sampah, tp ada pikiag dak kalau 100 org mcm hampa ni buang smpah kt atas jalan, mau tak bersepah smpah tu mrata-rata.. kurang kesedaran sivik toi la. Apa salahnya simpan smpah tu dlm plastik dulu, turun kreta satg buang la kt tmpt spatutnya..apa punya turrr...

Jadi para pemandu sekalian, sila lah peka (bukan pekak ye) pd org sekeliling bila memandu. Jgn ikut perasaan (bkn perasan).
















No comments:

Post a Comment